Wednesday, August 15, 2012

Bermulanya Kehidupan Baru Buat Si Kecil

Nufah Amani, sebaris nama buat si puteri sulung kami. Nufah itu Yang Sempurna Tinggi dan Kecantikannya. Amani, Cita-cita, Ketenanganku, Keinginanku, Kesejahteraanku. Sesuai dengan namanya. Saya dalam sakit sakit kaki tu memang x jangka sakit perut tu sakit nak bersalin. Tak boleh langsung nak duduk. Berdiri ke hulur ke hilir. Mak kata dah masa agaknya. Ok cuak! Saya dok la kira contraction bape kerap. Siang tadi sejam sekali. Sekarang dekat pukul 10.30 pm 16 Julai dah tak tahan la. Macam kene g hospital sekarang je. Sempat tunggu encik suami solat. Saya sempat mandi. Otw ke Hosp. Pantai Ayer Keroh, saya langsung x bcakap. Terlanggar lubang sikit kat jalan saya menjerit. Sakit ok! Mangsa sape lagi kalau bukan encik driver. Sekali lagi saya mintak ampun. Hee. Masuk LR dalam pukul 11.00+ pm. Midwife check bukaan dah 5-6 cm. Ya Allah. Saya ingatkan baru 1-2 cm. 
Setting itu setting ini. Hubby dah lena kat sebelah. Saya teruskan zikir. Saya x dapat lelap sampai pagi. Ingatkan bersalin Subuh ke. Contraction lama sangat. Saya betul betul tak tahan. My Fav Doctor sudah sampai. Pagi. Check lagi. Baby dah membuang sikit dalam perut. Nak cepatkan kene la masuk air. Yang ni part paling saya tak tahan. Puas berpaut n pulas besi katil. Huhu. Muka masa tu toksah cakap la. Malu tengok muka sendiri dalam vid yang hubby ambil. I push push pushhhhhh~
Bestnya saya tak menjerit macam jiran bilik sebelah. Suara pon ala ala manja saje. Heeee. Masa dah tiba. Tapi terpaksa guna vacuum. Baby princess keluar jam 12.23 pm. Lama x lama kannnn. Itu bahagian saya. Tapi tengokla yang keluar tu kan. Alhamdulillah berat 3.51 kg. 54 cm. Tinggi. Cantik. Putih. Berbaloi  la 12jam tu. :)
Pengalaman tu memang Unik. Dapat merasa bersalin secara normal. Dapat merasa naik wheelchair. Dapat merasa kene jait kat 'situ'. Yang penting dapat merasa betapa sakitnya mak dulu melahirkan kami adik beradik. Setiap yang melahirkan itu, pengalamannya berbeza beza. Tak semua sama. Ada orang contraction sekejap je. Ada orang lama dalam LR. Apapun, Kuasa Allah SWT tiada siapa yang dapat lawan. Macamana proses kelahiran tu semua memang menakjubkan. 
Lahirnya Nufah Amani memang bagi 1001 pengalaman pada saya. Kelahiran dia beri 1001 kegembiraan di wajah mak abah mama papa. Yang penting buat ibu & ayah Nufah Amani. Hehe. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment