Friday, December 30, 2011

Ini kah namanya mengidam?

Salam.
Pagi petang siang malam ingatkan dia. Eeeish sedapnye kalau dapat makan. Pegi kerja balik kerja teringat je dia. Asek la terbayang bayang rupa, bau dan rasa nikmat bile masuk dalam mulut. Ini la agaknya mengidam. Agaknye la. Dulu dulu ade je mcm ni tapi xde la smpai 24jam asek ingat n nak. Dari last week teragak nak makan tapi tak terkeluar dr mulut. Sedapnye ikan keli salai masak lemak kedai Pak Bakar. Nasib baik bukan jauh tempatnye. Jasin je. Bile x tahan mulut terlepas cakap pada encik sayang. Oh tengahari dia keluar cepat terus balik jasin n tapaukan lauk yang menjadi idaman kalbu sejak akhir akhir ini. Eee sedap sedap sedapppp! OTW balik rumah encik sayang sudah sampai. Sepanjang jalan dah terbayang bayang. Wekkkk! Bkompol air liur! Masuk rumah senyum lebar. Alhamdulillah rezeki. Terima Kasih buat ENCIK SAYANG. Nak amik gambar tapi x sempat laaaa. Kalau la uols boleh bau lauk tu sure uols terbang sampai umah iols. Alhamdulillah rezeki Allah SWT.

*apelah yang BFF saya tengah buat sekarang. Rindunye. Kalau kita blakon dalam 3 idiots, wa jadi rancho ok. Ani jadi farhan. and beby jadi raju. Cun! Hahahahhaa. Jangan Marah. Lovesssss*

Wednesday, December 14, 2011

Weak::Wekk::Weak::Wekkkkkk!

Holla Darlings!
Oh, macamane mau cakap eh. Badan sekarang betul2 lemah la. Manjang je xde mood nak buat ape2. Termasuklah berjalan sana sini. Kecuali terpaksa. Tak suka sangat. Tapi terpakse lah hadap je kan. Makan memilih bukan main sekarang ni. Nak masak sendiri jangan haraplah. Memang x boleh masuk punye. Makan orang lain masak kemain bselera. Kuatnya tido sekarang ni. Tido petang pulak tu. Jarang beno tido siang! Ingatkan malam susah nk lelap bile tido siang. Eh lena jugak weii. Bab muntah muntah yang x tahan tu. Sampai merah merah mata & muka. Untunglah ada yang x muntah muntah masa preggy. Ada langsung xkene Morning Sickness. Tapi pengalaman itu cukup indah. Suka. Tiap2 hari mesti muntah punyelah. Tak pernah2 humur muntah tetiap ari. Cuma harap x berpanjangan lah. Kang meneran mase muntah takut je tkeluar ke kan. Duduk dalam tu diam diam sayang. Kita kene kerjasama. Ahaksss.
Nasib x macam ni. Tapi saya kene bpaut kat sinki pulak. Rasa mcm nak letak kerusi je kat dlm toilet tu. :(

Tuesday, December 6, 2011

Tak Terkata, Hanya ALHAMDULILLAH..

Salam. Tak pernah dapat MC lebih dari sehari tau. Kali ni MC lebih panjang. Badan panas x mau kebah. Letak towel je kering. Macam magic yaaw. Mak letak asam jawa. Wah mcm rupa orang pantang pulak calit2 kat dahi. Sayang emak. Sayang banyak2~
Mcmane boleh demam panas ni. Oh ini namanya nk sesuaikan badan dgn yg ada kat dalam tuuuu. Lil' Tiny. Patutla senak je perut lately. Senak sangat2. Takutlah apa2 kan. Tu yang Encik Sayang bawak pegi klinik. Bila scan, eh, dah ada kantung la. Dah ada ni kata doc. Ada ape?! Dah 5weeks+. Alhamdulillah. Itu je boleh keluar dari mulut ni. Oh saya sekarang bukan lagi morning sickness. Ni dah jadik ALL DAY SICKNESS. Tak ada selera langsung. Makan pon sikit aje. Apa aje yang masuk sure keluar balik. Jangan merungut sebab tu normal kan. Nak muntah, muntah la kan. Badan punya penat toksah cakap la. Eh malas bukan main tau. Rasa nak tido je sepanjang masa. I hate make ups. Pegi keje kalau boleh xnak tepek apa2! Tak boleh nak bayangkan ayam! Now mmg x boleh makan ayam. Memang muntah punye. Semoga me kuat! Semoga kandungan ini sihat dan kuat. Amiiiin Ya Rabbal 'Alaminnnn.
Kecik je kan kantung dia. Macam nak nangis tengok. Alhamdulillah Ya Allah.

Friday, November 18, 2011

Memiliki dan Dimiliki

Esok merupakan hari bahagia buat kekasih hati saya Shamsiah Lal Muhammad. Sekejap betul masa berlalu. Dulu saya yang sibuk uruskan hal perkahwinan saya pada May 2011. Kini Nov 2011 giliran bff yang sorang nih. Lepastu x lama je giliran kekasih hati saya yg lagi sorang Rohani Shukor pulaks Insyaallah on March 2012. Kami kawan sejak sekolah melekat bertiga bile habis zaman sekolah. Masing masing sambung belajar dekat uitm. Walaupon uitm yang berbeza. Still sama kan. Jodoh kata orang. Hihi tak dapat dipisahkan. Memang kami jarang jumpa. Tapi tetap dalam hati dan ingatan. Masing masing dengan cerita yang berbeza. Unik. Dan memang x sangka kahwin pon kira dekat dekat. Xde la beza sampai bertahun baru sorang lagi kahwin kan ;)
Macam macam kisah sedih dan gembira kami kongsi bersama. Bukan yang lain x special tapi yang dua orang ni extra special. Eventho saya kini dah bergelar isteri orang tapi masih lagi memerlukan idea dan nasihat mereka. Walaupon sekadar meluahkan dan seorang lagi mendengar. Bukan semua kita boleh kongsi dengan pasangan. Saya sentiasa berdoa agar mereka yang disekeliling saya sentiasa dipermudahkan dalam segala hal. Buat bakal isteri kepada Mr. DZ ni, saya doakan yang terbaik buatnya. Selamat Pengantin Baru. Dulu sering tertanya2 siapakah yang akan menjadi suaminya, kini sudah pasti. Hani juga sudah hampir ke arah itu. Semoga kami sentiasa TABAH menjadi isteri. Hahahahhaaha. Love yaa!
Ini dia tema cik puan Shamsiah yang gojes..muacks

Thursday, November 10, 2011

~life is so shorttttttt, make it sweet~


Hollaaaa darlings!
Ada baik kaaa? Oh saya tidak begitu baik yahh. Kerja kerja kerjaa punya pasal. Kerja me sebenarnya best. Saya Suka Kerja Saya, boleh x mcmtu? Norma nya begini-Awal Tahun dan Akhir Tahun saje bz menggila. Kerja saya sekarang ni banyak betul berhadapan dengan karenah rekreasi birokrasi. Korang boleh buat ye. Kalau wa yang salah buat, wah segala bagai surcaj n pekeliling lu keluarkan. Vodoh la lu. Pedulik la lu kat Kementerian ape pun. Jawatan kite tetap sama meyh! Sbb ni dah menjejaskan level stress wa, dengan cikgu cikgi kat sini pon ikut stress. Haihh. Dah promise dengan Dr. Raj, say NO to Angry & Stress. Angybirds boley yee. Stress je main Angrybirds.
Semalam kan, teman hencik suami pegi ambil barang projek dia kat area umbai. Tiba tiba dia bsuara, kita pergi karokss nak? Pucuk dicita ulam mendatang. Eee x suka ulam. Tu sbb muka x secantik Fazura. Hehehe. Mestila nak kan. Salah 1 cara ktrg lepaskan boring & stress. Shoooottt terus ke banda hilir. Saje nak try kat MP. Tapi x se-best Dream Box la. Kiri Kanan memekak boleh dengar. Wa siap nyanyi lagu orang sebelah kot! Hahahaha. Memang all out kot! Hamik ko sampai tekak perit. Tapi mmg happy la. Sayang Awak. Nak karoksss lagiii. Pasni tunggu dua orang kekasih saya confirm jadik puan, nak ajak dorg pegi pulak. Itu jam mungkin lebih banyak yang boleh dilepaskan. Hahahaha.

Thursday, October 27, 2011

Entry buat Mr. Husby Hazman

Macamane boleh terkeluar entry ni. Entah. Tibe2 teringat saat2 bercinta bersama dia. Dan tibe2 terlintas bile dengar lagu Terang Dalam Gelapku by Ungu ni ha. Kami memang membesar dengan lagu2 Ungu kot. Hahaha. Start dari ktrg kenal, dia dedicate lagu Kekasih Gelapku. Sungguh Kekasih Gelap ktrg masa tu. Allah saja yang tahu perjalanan kami. Ade kaitan kan antara Kekasih Gelapku masa bercintan cintun dulu dengan Terang dalam Gelapku selepas bgelar suami isteri. 
Memang betul la kate orang kite kene buat senarai nama. Senang nak pilih. Ahaks. Comparison memang perlu. Supaya kite x menyesal. Jadi buatlah mcm saye. Bahagi dua column ye. Guy A & Guy B. Hahahahaha. Lepastu uols simpan la dah tua boleh tengok. N tunjuk pada INSAN TERPILIH tu. LIFE IS SO SHORT, MAKE IT SWEET yahhhh.
Kenapa mesti saya pilih dia? Ohhh saya x punya sebab. Sampai sekarang saya carik kenapa saya pilih Hazman Yusof. Tapi yang paling penting itu adalah kerja Allah SWT. DIA yang temukan kami. DIA yang tentukan segala perjalanan sepanjang kami kenal. Alhamdulillah. Baik buruk datangnya dari DIA. Bercinta nak rak dengan orang lain. Baik saya atau dia. Pertemuan kami juga DIA yang aturkan. Sekarang saya nampak. Ohh kenapa touchingggg nii! Saya x mengharap untuk dia baca entry ni. Sbb entry kali ni adalah mengikut gerak hati dan naluri. Bukan sebab lain. Semalam saya tanya encik husby masa tengok album kawin..

saya : i rasa macam i cantik la masa kawin..badan pon ok lagi. x macam sekarang (perasan at e same time merungut!)
dia : mmg la cantik. sekarang pon cantik.
saya : i dah gemukkk (mcm nak nangis). eh tapi kannn i makan same je mcm dulu. sekali ajekkk! kenape jadi mcm ni........
dia : sbb HAPPINESS (hugssss) ;p

Pendek aje jawapan dia. Yela kot. Nak sedapkan hati. Wawawawawaaaaaaa.

Nak tau x saye suka tengok muka encik husby dulu. Tapi dulu gambar dia atas meja orang lain. Selalu jeling2. Hensem lah awak ni. Tapi pujian itu hanya dalam hati. Macam saye puji Aaron Aziz. Tapi x tau pulak yang gambar tu pun suka tengok saya. Awwwwww. Muah. Cerita kita, hanya kita yang tau. 

Thursday, October 20, 2011

Sayang Jiwa

Hollaaa! Sekarang ni sejuk je bile petang. Pagi panasnye bukan main. Dari last week nak kuakan entry ni ekceli. Biasala kan, ikut mood. Bila ade mood tu sampai 2,3 entry sekali bg. Hihihihi Ok, J-I-W-A, finally me bagi nama dia Jiwa. Ni bukan pengaruh drama Jiwa & Lara ye. Harap maklum. Me pilih Jiwa sebab 1st time tengok dia, 1 rasa sudah masuk dalam hati. Keinginan untuk dapatkan dia begitu membuak2. Amacam ayat me? Power x? Kahkahkah. Dengan muka penuh tanda tanya & mcm ckp "ambil la sayeeeee" ohhhhh cair lah tengok muka awak. Tengokla haiiii. Dah bertahun nak bela kucing. Tapi dulu doctor dah pesan, 'haram' kan kucing dekat rumah. Okla tapi tu few years ago la. Sekarang dah x tahan. Tak sabar sangat sampai google kot! Cari dekat mudah.com. Ade je pet shop tapi semua dihujung jari skg ni kan. Hehehehe.


"take me home pleaseeeee"



Oh btw, Jiwa sangatlah extra manja+mengada ngada. On the 1st day, belom tunjuk lagi. Me ingat dia ni mcm slowwwww. Sebab gemuk. Huh! Rupenye, aktif sangat. Nak2 lagi time malam. Me siapkan semua keperluan asas dia. Untuk dia, me dah niat, nak jaga betul2. Makan yang baik2. Tgk breed la kan. Persian Semiflat. Baru berapa hari dia tibetibe macam kene sakit mata. Macam teruk sangat. Sampai mata pon mcm nak tkeluar. X nak tunggu dah. Nangis2 call Encik Husby. Ktrg bawak pergi vet dekat Taman Merdeka, B. Berendam. Woah. So doctor said JIWA mungkin stress. Me terkejut. Eh kenapa stress. I bagi dia sangkar besar. Makanan premium. Toys etc. Heheheh. Dia pon pndai stress. Bukan kite aje. Jiwa sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Need extra attention kate Vet. Hamboii. Extra attention eh. Mak pon kurang attention tau x. Xde la sampai sakit mata. Hahahaha. Vet nak inject Jiwa sambil pujuk Jiwa. "Sayang Jiwa...Sayanggg Sayanggg Jiwa" (Bahasa Baku ok). Aku tahan gelak aje tengok dia pujuk. Memang sesuai la ko jadik Vet. For e 1st time, me tengok kucing mengadu. Me xtau tapi lepas kene injection, vet kate tengok die mengadu sakit. Seriously, me dapat rasa dia mengadu sakit. Haih. Sekarang mata dia dah nak baik. Nak bagi ubat syrup macam nak bagi racun. Kene kepit bagai. Kemain liat mcm budak kecik x mo makan ubat. Alhamdulillah, me terjumpa blog pasal kehidupan kucing. Banyak bagi info. Macam macam ade dekat sini. Baru seminggu dengan dia, me rasa me buat keputusan yang betul. Me bosan sorang2 kat rumah sementara tunggu my dearest balik. At least meriah sikit rumah. Hehehe.
Die suka main dengan rantai ni. Amik la Jiwaaaaa. Xkisah pon. Hehehe.

Ni la keje dia tiap2 malam.

Pssst, untuk Bff Hani, im sure lepas u usap Jiwa, u xkan dadali lagi. Hihihihi. Amacam Cik beby, Hensem x Jiwa? (:

Thursday, October 13, 2011

::Bakal Menantikan Kehadiran Si Comel::

Hi there ;p
Havva very wonderfull day yah!
Sudah berjaya menguatkan semangat jumpa dentist. Oh please, pastikan ini kali yang terakhir me jumpe dentist untuk cabut gigi. Me dr kecik x pernah cabut gigi sampai kene jumpe dentist. Semuanya gugur sendiri. Jadi bukan main gedebak gedebub jantung nk jumpe dentist. Bile tengok jarum bukan main panjang & siap mcm L lagi kan. Huwaaaa. Ok kene bius! Sakit! Harap maklum! Tipu la kate x sakit. Bile kene tunggu kat luar sekejap, badan mula menggigil. Giler lah! Ok me menangis ye. Sbb x tahan. Kalau dibius cinta xpe jugak.Wah wah wahhh dia punye piuh kepala kite nak cabut gigi tu bukan main ea. Mcm cabut ubi kayu bak kate kakak!
Atas yang xde kaitan pon dia cabut jugak. Adela sebab die kot. Anyway thanks to clinic Ng & Surgery Ayer Keroh. Mase cabut x sakit tapi lepas tu sakit la jugak.
Uhh ya, me bakal menantikan kehadiran si comel. Dah lama tggu tapi masih xde peluang tu. Now hati nekad. Bile dh bkenan terus bincang dgn my husby. He agree. Me proceed. Sangkar 2 tingkat. Me jahit tempat tidur dia. Carrier me dah beli. Sungguh x sabar for my semiflat male persian. Hahah! Excited kot. Toys and scratch mat bakal dibeli this saturday before kami ambil si comel itu. Bile tengok bilik belakang untuk dia, mesti tersenyum. Mcm nak sambut anak sendiri pulak. Kalaulah anak sendiri.........................................................

Monday, September 26, 2011

kesakitan yang melampau

Sakit. Tolong! Badan sudah menggigil. Sebelum ni mmg x pernah sesakit ini. Skrg dah x sanggup nak tahan. Setelah 4TAHUN menderita! Dulu x lah sampai attack me punye telinga. Wahh skrg bukan saje telinga. Leher n bahagian hidung pun kene. Tak boleh jadik! Janganla ada silap, mmg nak marah aje! Sorry in adv ye kalau ada yang terkena tuh! Sape yang pernah merasa aje paham. ~angry birds mode~
Oh! gerun nak jumpe dentist!

Friday, September 23, 2011

pk la title sendiri ye..

Lamenye x membebel dekat blog ni. Me bukan ape. Malas sangatlah. Plus banyak sangat benda nak setel. Tp bile me pk balik kan, amendenye wey yg banyak nau tu kan. Ntah ek. Mase jadi B2B dulu entry dok pasal kawin je. Sekarang dah jadi wifey, haruslah pasal kisah biasa yang org lain pun rasa jugak kot. Mungkin. Hp pecah cik SE zaman james bond saya dah diganti dengan HTC Desire HD. And yang paling syok both of us sama! Tp ter-paling-syok, from him! Meacehh shayang. Hiks. So far mmg smart la this phone. Dah nama pon smartphone kan. Apps pon free. Lebih kurang macam iPhone jugak la. Since encik husby's PDA pon HTC, so dia pon tanya HTC nak x? Erm kalau duit me sendiri maybe x kot. Tp kalau duit orang lain, NAK la..! Hiksss. Tochey2. Seronoknye dah kawin. Main mintak aje kan. Kalau ada luck mmg dapat! Hehehehe. Dah kawin ni kan me main mintak je kalau nk itu nak ini. Sebab? Masa bcinta dulu x berani nak mintak2. Kang x jadik kalau kene bayo balik sume x ke mampos? Hahahaha. Eee, jgn memain uols, ade lelaki yang mintak balik tau ape yang dia pernah 'labur' kat kite. Euwww! Sorry abang-abang di luar sane! Sebagai upah haruslah masak yang sedap2 kan. Walaupon pada hakikatnye mmg x sedap saya masak. Yesss, me mengaku. Me masak xde la sesedap air tangan MAK. Tapi, so far Alhamdulillah, bile dia makan dia kenyang dan dia suka. Xpernah la muntah balik ke ape kan. 
Betul ke kate orang dah kawin lebih tenang? Betul la tu. Walaupon bukan hari-hari tenang. Kikikiki. Alhamdulillah lebih baik dr masa bujang dulu. Dulu kan asal x jmpa seminggu masuk je minggu kedua mesti gaduh pnye la. Kami takboleh jauh. Kalau jauh mesti gaduh. Tapi hal2 yang buat x tenang tu sumenye punca dr pihak luar. Macam sekarang, baru saje kahwin orang dah tanya bila nak ada baby? Dah ada isi ke belum? Aik, ko x tengok ke aku dah makin berisi ni ha cik kepoh oiii sejak kawin. Ha! kan! Come on la ppl. Rezeki di tangan TUHAN. Macamtu jugak dengan soal zuriat. DIA yang tentukan semua. Me orang yang suka budakbudak. Especially baby. Sape x nak kan? Nak tanye x kisah tp kan kalau sampai meleret soklan tu, ape kes kannn. Doc yang cakap jgn pedulik ape orang kate n tanya sebab tu boleh bagi stress pada kita. Kalau stress mcmne nak dapat. LOL! Ni sume lah yang buat hidup org lain x tenang. Jangan macamtu kawan. PK sikit bile nak tanye lebihlebih.
 Aman kate he look amazingly like me. Yeke muke sama? Awak hensem lah.

 Hmm, this is my Favourite Boy. Yang selalu buat jiwa saya x keruan. Tengok tu makan pizza bukan main. With cik yoya.

 Comel kan Zaraa.

Uols, betul ke dah kawin yang x suka pon lama2 boley jadik suka. Betul tau x. Nak2 lagi bile masok bab2 makan ni. Obviously - Me x makan sushi ok. Me x makan kerang. Wehhhh last week, berturut2 ajak Aman pegi sushi king. Ehh ko dah kenapa Aini! Eeee kenapa ni. Tp bukan semua ye saya makan. Yang pelik2 tu xde lah. Yang nak sangat Chicken Cheese Roll sama Saba Terriyaki. Mak aihh, terliur la. Sampaikan naik pelik encik Ajman dibuatnye. Tu yang tkeluar dr mulur dia 'sayang pregnant ea'? Haiyakkk. Janganlah mcmtu. Kerang punya cite toksah cakaplah. Tiap2 minggu beli kerang kot. Hobi dia mmg bagi saya makan agaknya. Tiap2 kali tgk me selera makan, dia akan cakap 'Apa Hobi Suami Awak'? sambil usap kepala saya! Hehehe. Dia romantik walaupon kadang-kadang blurr! Mcmanapun awak tetap tukang urut kaki kegemaran dan kesayangan saya. Dia punya kelebihan Allah beri. Pandai urut kaki. Dan Allah juga temukan dia dengan jodoh yang selalu sakit tumit bile waktuwaktu tertentu. Ohh sungguh melengkapi. Thank GOD.

 Ok2, My Hero. My sayang. My bubu. Tengah urutkan tumit. Ohh bestnye awak! Lega.

Dalam hati saya sekarang, saya x sabar nak tengok Bff Beby & Hani getting married. Mesti ada pengalaman yang kami boleh kongsi sama. Sebab perangai tigatiga ni pon lebih kurang. Oh ye. Me dah amik keputusan untuk teruskan minor operation. Nak buang lemak. Ehhh. Salah la. Bukan lemak. Lemak ni kesayangan suami saya. Ni kan daging manis katenye. Nk buang wisdom tooth yang sentiasa bagi masalah pada saya. Both side. Boley kan dia kua serentak pulak tu. Ya Allah sakit dia bukan main wei. Nak2 yang kanan ni. Orang kata kalau salah langkah buang gigi bongsu ni leh meninggal. 1 of my mom's friend meninggal masa cabut gigi bongsu. Kalau dah ajal, tiada siapa boleh menidakkannya. Doakan kite ye awak. Emuahhhh!

Wednesday, August 17, 2011

Waaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hai uols. Sekali x hupdate bukan main lame. 
Tapi bile dah mula merepek skali 2 entry ko! Haaa ni nak kabo kan. Apelah rupa raya tanpa kuih raya kan! Bajet2 nak buat 1 jenis cookies for raya. Yang selebihnya beli la kan pada tokey BFF Hani. Normally, bile nak raya je memang beli dekat dia. Semalam datang la mood nak buat biskut raya. Memang macamtu lah! X boleh tangguh. Itu masalahnye tau! Barang2 dah ade cumenye butter keras kejung lagi. Sementare nk chop nuts, parut choc bar, sukat tepung and so on harap2 dah lembutla butter tu. Ehh sekali x lembut2 jugak. Me bantai la masuk je lam mixer sume. Mcm biasa. Ikut resepi. Separuh jalan dah macam menyesal pulak sebab dah penat! And paling penting mata dah ngantuk. Rasa mcm x jadik la. Tapi bile dah siap Mr. Tester kate ok. Sedap. Yang malasnye kan bile time nak mengemas. Nak basuh sume tu. Ya Allah! Bercinta! Now, me tau dah! Kenape zaman sekarang prefer beli rather than bikin senri. Dahla balik keje, penat. Bertungkus lumus pulak masak untuk berbuka. Lepastu nak kemas meja kemas dapur. Tu belum kira lagi yang nak basuh baju bile bakul dah penuh. Haih. Memang penat tau. Kalau dah ada anak, lagi la kan. Tapi itu semua tanggungjawab. Dah rasa la kan. So ini la kali pertama dan terakhir aku buat kuih nak raya. Kalau untuk suka2 tu lain cite la. Love to bake actually. Kdg2 boleh kan mereng memalam buat cheese cake. Hehehehe. 

Tak seindah rasa. Hahahahha!
I did it!!

Bukan Malas Tapi Takde Idea ;)

Dah lame beno x ber-blog. Mcm title N3 wa tuh. Bukan malas tapi xde idea langsung nak share ape. Kejap aje dah 17 Ramadhan. Alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu tinggalkan kite kan. Tahun ni cuaca masa bulan puasa bukan main punye panas yaaw ;p Dugaan kan. Last week iftar with BFF. rasenye dah jadi mcm event tahunan. Last year, this year and hopefully every year boleh la iftar bersama. Tahun lepas single-mingle. Tahun ni i hangkut encik husby. And my BFF dua2 pon sudah engaged tahun ni. Insyaallah for iftar next year tiga2 hangkut suami memasing. Mesti kecoh Pasti sedap! Hahahah. Gambar x upload sbb me dah upload kat fb. Anyway thanks ladies! Sedapnye pulasan Emperor. Huhuhu. 
Me x pasti sangat la why ea me xde feel nak sambut Raya. Sampai sekarang pon baju raya laki bini belum ade. Hahahaha. Ape perubahan yang nampak kan bile dah kahwin ni lebih banyak duit tu keluar untuk barang rumah. X berapa kisah pasal diri sendiri dah. And bercakap tentang itu, on 14th aritu husby & me ade keluar untuk beli barang dapur. Sekali x sengaja tertengok kemain beso kain rentang MODERN HOME FAIR 11-14 Ogos. Alamak! Last day la. Bu, kite tengok jum! Tengok je. So jawapan dia mesti lah ok, after shopping kite singgah. Memang sungguh modern sekali. Hahahah. Siap ade robot untuk vacuum rumah. Itu kalau dah pemalas sangat. Hatttdoiii! Kitorg amat berminat sekali dengan booth Shimono ni. Sampai 2x datang. Mula2 mcm nak je beli cyclone vacuum tu. Tapi bile tgk lagi 1 barang ni adehhhh berubah pikeran. Wah padahal nak tengok2 saje. Me tgk 'si dia' pon mcm berminat. Ehh dia tanya pulak kite. Nak ke? Haa! Ok la mesti la nak. Pucuk dicita ulam mendatang. Decided to share. Its ok sayang. Tengok tu padahal baju raya x beli lagi kan. Terus ckp, hmmm baju raya nanti la. Lagipon feelnya xde. Encik sayang mau vacuum. Saya mau garment steamer tuh!
senyuman model tuh mcm senyuman saye. weh, siap boleh dry clean tau. xpayah anto laundry.

Monday, July 11, 2011

Sedang Ingin Bercinta!

Weeewooooo!
Tajuk begitu hot yaawwww! Hehehehe. This week merasa la lebey masa dengan si jejaka idaman hati a.k.a si bulat a.k.a si aaron aziz. Ahaks a.k.a Encik Husby ;) Karok sampai lebam kot @ dreambox (Fri @ Nite). Lepas gian aritu karok x puas. 3jam ngan buffet siap. adehhh! sampai x leh nak nyanyi la. Heeee :) 
Sabtu bercinta di rumah mak saja. N ahad untuk pertama kalinya kami ke pasar ye. Sebelum ni superMARKET saje! Eh rambang nau mata si dia. Kalahkan orang perempuan pergi pasar pulak. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli. Hahahhahaa awak ni! Ikan la kerang la paru la. Mcm2! Pergi kat tempat sayo, pie..pandai buat salsa x? Senang je. Kite beli tomatoes n capsicum. Nnt google la resepi. Haihhh tekak Mexican dia dah keluar! Yelaaa layankan jela. beli la buuu. 1 kedai ni pon xpe. Hehehe saje perli! Xnak berjimbit pulak kan angkut barang mcm nak buat kenduri. Dahla Lowpan tu bagi free sayo bayam smpai 2 ikat besar! Haiyyo Lowpan! Xie xie ni ya lowpan! Sape nk melantak banyak mcm ni! Mak pon terkejut bwk balik bayam byk2! Jadik popeye la ape lagi mak! 
Bercinta lepas kawin mmg syok! Lain je rasa. Heeee. Balik rumah rebus kerang, naik lenguh kaki berdiri mengopek kerang. Nasib baik si dia ada kesedaran sivik. Tolong skali kopek. Itu pun kire bercinta tau! Hehehehe. Setel, masuk2kan dalam plastik putih and simpan lam freezer. Senang nnt bile nak masak.
Sekarang ni kan, si dia kerap berangan depan cermin tau. Konon2 si doctor ckp gini, "Tahniah Encik Hazman, awak bakal jadi bapa". Ehh siap berlakon tgh shake hand dgn doctor. Alahaiiii. Sabar lah sayang. Belum rezeki kita. Kita kan baru kawin. Tp syokk jugak kalau rezeki cepat. Alhamdulillah. Apapun saya terima. 

rajinrajin la tolong isteri di dapur! ehek. banyak kebaikan tau!

Monday, July 4, 2011

Jejak ke Syaaban

Kawankawan! Kita sudah masuk Bulan Syaaban! (wah mcm geng upinipin lah!)
Alhamdulillah, Kita masih sihat. Kita masih boleh senyum.Kita masih punya orang yang menyayangi kita. Tak kire la, makabah ke, kawankawan ke, adikberadik ke, rakan sekerja ke. Menyayangi lah, kite pasti disayangi, InsyaAllah. Tu dia mood Syaaban dah masuk :) Heee. 
Ok lah, mari kite berkongsi serba sedikit pasal Bulan Syaaban. Syaaban adalah Bulan yang penuh dengan keberkatan.
 
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)
p/s: Sama-samalah kita berkongsi kebaikan. Nanti sama-sama dapat pahala :)
Sumber di sini

Friday, July 1, 2011

ohhh no TERPEDAYA episode 2

harap maklum  la ye kawankawan. episod 2 xde. segala kesulitan amatlah dikesali. topping x shedap! masham! jgn guna lemon juice!
Tahniah buat beby! bakal jadik Pembantu Makmal yang berwibawa~jgn bazirkan duit gomen sek tumpahkan asid jo! Alahai rindunye nk jumpe BFF.. :(

Monday, June 27, 2011

terpedaya episod 1

darlingdarling!
hm! make it short. tengahari td mase lunch break, me gigihkan diri untuk balik umah & bikin mende alah ni. semua sebab TERPEDAYA dek entry bff beby. yang sorg lg, bff hani die kate sedap! x leh jadik ni. ani bukan suka sangat. tapi dia leh kate sedap! so sad kan me x pernah rasa. so me google resepi n dalam masa sejam me bjaya buat RED VELVET. bjaya ke? entah la. so malam ni nak anta umah mak sempena birthday dia yg ke-51 on 30-06-2011 ni. becoming la ma. anyway, i love u so much mak. so much! hm, on that day, encik husby keje malam. jadik haruslah lincah! jadik sempat pulak tu 1/2 jam ber-mixer & 1/2 jam lagi ber-oven bagai. petang ni nak wat cream cheese topping pulak. masa digunakan dengan sungguh berharga. saje2 nak cuba :)



episod pertama**winkwink

Friday, June 17, 2011

::Yang Terindah::

Hi All ;)
Salam Jumaat buat kalian. Cuaca kat sini mendung je. Encik Husby mula sms, 'pie, ujan mcmana nak basuh baju?'. Hihihi. Sejak para engineer kat kilang dia kene keje shift, mcmtu lah rutin dia. Balik rumah saya tengok dia dah sidai baju. Memang terkejut sebab x pernah expect pon yang si dia boleh tolong kerja2 rumah. Sekarang saya faham. Apa perasaan isteri bila balik kerja, nak fikir masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, and so on. Tapi bila si dia bantu serba sedikit, saya rasa semacam. macam nak pengsan pon ada sebab happy sangat. Alhamdulillah. Walaupon lepasni akan berubah sistem hormone segala bagai. sebab? oke, saya pergi kerja, dia balik kerja. Saya cuti weekend, dia cuti weekdays. Bila mau jumpa? Saya takdak jawapan. Saya x pernah ngadap lagi benda alah ni. Tapi saya harap saya kuat! yeah! Kalau x jumpa si dia sehari saya boleh mengaruk. Mengaruk tau x ape? Tanya mak saya. Saya pinjam ayat dia. hee. Saya 184% setuju kerja kerja rumah perlu dilakukan bersama. Sebab kita hidup pon sama2. Kalau nk ikutkan (kata penceramah kursus kawin dulu) masak pon kene suami tau. heeee. logiknya, suami bertanggungjawab beri nafkah zahir batin termasuk makan minum isteri. Makan? maksudnya dah masuk perut n kenyang baru betul. Tapi kita pon patut PK la kan, xkan la laki kau yang nak masak untuk kau kan. Hahahaha. Yang penting semua buat bersama. Kalau tidak watpe kawin kan. Kalau saya dah masak dia pulak cuci pinggan. Saya harap ini berterusan. Itu dia saya. Amiiiiin.


Friday, June 10, 2011

'craving sympathy'

Salam Jumaat buat si cantik cantik sekalian..

Hari ni hati sgt terpanggil untuk repeat lagu Sesungguhnya - Raihan. Bukan sebab hari ni Jumaat. Sebab hati. Soal hati (hahahah teringat cite soal hati - that time erra sgt skema). Tak ade sape dalam dunia ni yang x pernah buat salah. Aiyyo mana ade yang perfect! Yang sempurna itu hanya Allah SWT. Me nak kongsi sikit rasa ni. Dalam sama2 suami isteri nak saling kenal hati perut masing2, seringkali akan ada pselisihan. Yang dah melalui fasa ini, semestinya mengerti. Almaklum makan garam dulu kan. Perangai saya mcm ni perangai dia mcm tu. Saya eldest dia youngest dalam family. Saya manja dia lebih lagi manja. heeee. Saya senang bangun tido, Ya Ampunnnnn dia punyalah susah nak bangun. kejap2 5 minit. Kejut lagi, 5 minit yang. Saya kurang sabar. Dia banyak sabar. Kadang2 saya tanya diri sendiri, kenapa saya mcm ni? Kenapa saya cepat melenting bila kejut dia bangun, tp dia x bangun2? Cuba sabar sikit. Tapi saya sayang dia. Jadi saya mintak simpati DIA, untuk kurniakan saya sifat sabar. Supaya jauhkan saya dari perasaan hasad dengki, sombong dan bangga diri. Supaya tingkatkan lagi kasih sayang saya & dia. Namun tidak mengatasi kasih sayang saya dengan Allah SWT.


Pada Mu YA ALLAH. Hadiahkanlah kasihMu kepadaku. TUHAN, kurniakanlah rinduku kepadaMu. Moga ku tahu syukurkuHANYALAH milikMu.

comelkan baby ni mcm tgh merajuk pon ade. mcm tgh malu pon ade. mcm tgh tido pon ade. *xde ape2 kaitan ye*

Monday, May 30, 2011

budak baru nak idop?hihihi

As-salam. whatta wonderful monday morning. pertama kali menyiapkan breakfast untuk si dia. terasa sangat lain dalam hati. tapi x tau la rasa yang mcmana. since kahwin, breakfast memang mak yang siapkan kecuali air milo dia. heeheee. saya cuma buatkan milo panas dia. segala nasi goreng la telur setengah masak la etc semuanya mak yang buat. tapi pagi ni, saya buat semua. sebabnya? kami sudah tinggal berdua. itu sebab saya kate, budak baru nak idop. hee~ sabtu ahad yang sangat letih. pindah barang, cuci rumah segala bagai. pada mulanya rasa mcm terlalu awal nak menyewa rumah. ntah cukup ntah tidak nak makan. tapi, saya pk ini lebih baik buat kami. untuk belajar selesaikan segala masalah bersama. bukan x pandai berdikari. dulu pon form 1 abah dah hantar masuk hostel. sambung pulak blaja, jauh jugak dr family. tp ini permulaan fasa yang lain. keadaan x kan sama mcm dulu. fasa hidup berumahtangga. biarlah susah susah dulu. masak pon bersila wehhh! hari ni smpai la cabinet masak saya. yey. syukur mak banyak bagi tunjuk ajar. tidur pulak atas comforter. malas nak carik lori angkot katil bagai. seumur idup x penah rasa mcmni. nak2 lagi masak bersila. kalah orang masak kerja kawin pun siap ada bangku. x pe la. asalkan kami bahagia di dalamnya. x tau la si dia rasa mcmane. almaklum anak bongsu. tapi rasanya ok kot. heee. tgk tido pon lena je. hehe. saya semakin rasa indahnya hidup berumahtangga. baru2 kawin x rasa lagi. feeling dia lambat sket lah! sbb x masak kot. kahkahkah. syukur sebab masa wedd hari tu, banyak pemberian kawan2 yang boleh guna masuk umah baru ni. terima kasih banyak2. dapo gas x payah beli. rice cooker beby dah bagi. mixer dah ade (hani, patut mintak food processor la kat u..hehehe). set pinggan makan ada. cawan semua pon ade. Alhamdulillah.

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah






Salam there..

tgk ni baru bukak dah bersinnnnn! nampak sangat dah bhabuk blog ni. heee. saya sudah sah bgelar isteri kepada Hazman Yusof. bz toksah cakap la kan masa dah nak dekat majlis tu. apepon segala pahit manis sebelum majlis berlangsung saya telan dan saya x mau ingat 1 pun. mungkin semuanya ada hikmah. biarpun pahit. saya sayang abah. saya sayang mak. saya sayang adik2 saya. saya sayang bff saya. saya sayang orang yang sayang saya. tanpa mereka, saya melayang ntah ke mana. ALHAMDULILLAH saya bersyukur semuanya dah selesai. baik majlis di melaka mahupun di johor bahru. sampai sekarang saya masih x percaya saya dah bertukar status. seriously. sampai sekarang. betul ke ni. banyak yang berubah. x pernah bangun pagi2 buta buat milo untuk orang lain. heee. selalu bangun pun 6.30am. kene la biasa kan. SYURGA saya kini ada pada suami. saya cuma doa saya akan jadi anak yg baik dan isteri yang taat. betul la kata orang hp dah x berapa penting bila dah kawin. heeee. kelakar.
saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua terutama pada keluarga dan kawan2 yang sudi hadir pd mjlis saya n byk bagi moral support. yang byk dengar ngomelan yg ntah pape (bff hani n beby). untuk kak ita, thanks dgr luahan aini malam sebelum nikah. sampai x sanggup dgr suara aini lagi ye. yang paling penting buat suami tercinta, susah senang dengan saya. saya ketawa awak dgr. saya nangis awak dgr. saya marah awak dgr. saya sekarang ni x sabar menunggu bff beby pulak naik pelamin. then hani akan follow. nak jadi yang bongsu katenye. cehhh.

maafkan apa yang terkurang sepanjang majlis berlansung. saya sedar. semuanya x mungkin sempurna. walaupun saya harapkan 'perfect wedding', rancanglah teliti mana pun. asalkan selamat semuanya. dijauhi dari hasad dengki dan malapetaka. Alhamdulillah.










Monday, April 18, 2011

beautiful april

winkwink ;) HAPPY BIRTHDAY TO YOU AINI. WISHING U GREAT SUCCESS AND HAPPINESS FOR THE YEAR AHEAD. Ini birthday wish from nur aini razali to nur aini razali. me myself & i. Sambut last birthday as 'cik'. Heee. Ok saya bakal bgelar puan kurang sebulan lagi. While my BFF Hani baru saje kurang seminggu menjadi tunangan orang. Tahniah sayang. Gambar akan di upload kendian ye. cable nya nggak ada. sooner or later me tetap akan upload. Sbb semuanya cantik2 termasuk la bubu pon cantik. Haahahahaha. Sekali habes je tigatiga da jadik tunangan orang. Takdir, jodoh dan pertemuan semua telah diaturkan. semuanya ada makna. Semua punya cerita disebaliknya. Memang indah hidup ini kalau dinikmati sebetulnya. Buat cik beby, awak jangan lupa end of April awak ade interview! Mane tau rezeki awak. Kenapa saya letak title Beautiful April?

  • Anniversary mak & abah

  • Bubu berjaya dapat kerja di Melaka @ AUO Sunpower (kate mama nye rezeki kawin.Alhamdulillah)

  • Hani dah jadik tunang kepada Amirul Azam

  • Beby dapat surat panggilan interview SPP

  • Ade orang nak belanja Dominos, kan beby kan?

  • Kurang sebulan lagi saya akan jadi isteri Hazman Yusof

  • Of course sbb saya 'birthday girl'!!

Wednesday, April 6, 2011

Questionaire ke?

hi all.. Happy monday. happy ke? have a nice day untuk korang. byk sgt Qs yg i nak tnya. yang bekejaran dalam minda i ni. xtaulah kalau ade yg nak tlg jawabkan. kerja penat kan? seronok ke ade teman? ke kalau sendirian berhad lg best? best sgt ke kawin tu? betul ke masalah hilang bile da kawin? boleh ke kalau x kawin smpai bile2? sape pulak nak jage kalau x kawin? tapi, betul ke kite akan dijaga sebaik mgkin bile da kawin nnt? mcmane bile dah keluar segala warna sebenar psgn? sedangkan skrg dah nmpk true color? eishhh ape ni! mcmane nak membetulkan keadaan? mgkin boleh lagi tu tp kalau nk membetulkan manusia mcmane? kalau mesin dah lama aku tanam. hee. pernah ke korg ketawa dalam menangis? mcmane tu? sakit kan? kenape kite diduga? kesimpulannye korg abaikan la soalan2 bodoh tu. Pagi tadi mak ckp abah on air kat johorfm. so pagi td dengarlah suara Tuan Razali kat radio. heheheh excited la dgr. lainnye suara abah bile on air. mak kate abah cover macho la tu. anyway abah thanks sebab pilih lagu sedetik lebih for me. walaupon abah x mention tp abah tau me suka lagu tu. u make me smile. sbb dah 15hours me x senyum.


Monday, March 21, 2011

sedetik lebih..ececehhhh

cayang awaaaak! hihihihi. sabtu ahad kali ni best sangat. walaupon dia datang dr jb lambat tapi semua yang patut setel untuk hari itu dah disetelkan. lega sikit kepala saya. adalah dalam 10 perkara yang nak dibuat. tahniah untuk diri sendiri. bagus. kad dah siap. on schedule. mak andam setel. dah finalized semua harga & pakej. saya suka. kalau tidak, malam tak boleh tido tau. hihihi. hantarans saya juga dah siap. awal kan? hahahahahaha. lepas ni boley tido lena sikit, kot? kepada bakal 'puan', sila lah buat preparation awal. nanti dah nak dekat kita yang susah tau. jangan risau mulut orang. kesusahan kita orang x tau. lagipon kita x mintak beras dorang. silap2 beras kita lebih mahal. kan? jangan lupa beli 1 buku nota uols. sangatsangat membantu. kerja akan lebih teratur. semua perbelanjaan+resitresit deposit simpan tau. dari situ boleh la kita nampak mana yang belum kita setelkan. minggu depan ke jb pulak. dah lama x travel dengan KKKL. hopefully semuanya selamat. Amin.

Tuesday, March 15, 2011

sadness..here and there..

Kata orang nak kawin mmg mcm2 ujian dan dugaan yang datang. betul ke? dulu ade jugak saya terfikir, ape la yang diorang cakapcakap ni. nak sangat ke ujian dan dugaan tu dtg? tapi, bila saya diuji dan diduga terutama sekali bila 'hampir ke situ', saya buka mata. baru saya tahu, betapa sukarnya keadaan itu. mungkin hanya yang tempuh sahaja yang akan tahu. ada juga segelintir mereka yang tidak diuji langsung. tiada masalah yang mereka pikul untuk kahwin. tapi diuji dan diduga di awal perkahwinan. ada hikmah di sebalik suma yang terjadi. saya cuba berfikiran positif setiap kalinya. sedangkan saya ini org yang memikirkan negatif/keburukan dahulu berbanding kebaikan. setiap orang berlainan pemikiran. berlainan sikap dan sifat. itu lumrah. setiap orang punya harapan. tp x semua tercapai.


Untuk menguruskan majlis perkahwinan sendiri bukan la mudah. memang susah pada saya. cuma saya bersyukur punya abah dan mak. saya bayangkan kalau insan terpenting dalam hidup saya itu tiada, mmg x terbayang lgsg. itu sebab ramai yang lebih suka guna perkhidmatan wedding planner. tapi kalau xda RM35k ke atas x payah la. kita adalah wedding planner yang terbaik untuk majlis kita. cuma masalahnya byk yang kene diambil kira. ikut mana yang terbaik. sebab ini adalah majlis saya. bukan kamu. kalau kamu nak byk mulut, kamu kawin dan buat apa yang kamu nak sangat tu ye.

*sekadar hiasan*

Tuesday, March 1, 2011

Checklist Majlis Saye!!

Have a very wonderful day! N3 kali ni me pakai color purple since semua pun da decide purple as a theme color. ohh excluded my baju sanding. actually kan dah lama sangat nak letak tajuk ni. mase tu baru je engage. tapi PK2 balik mcm x suke tgk yg DONE tu sikit sgt. hehehehehe.

Title : checklist saye-majlis saye-suka hati saye :


1) Date/Venue - nikah : 13.05.2011 - lepas Isya' - rumah
- sanding : 14.05.2011 - Dewan Alamanda, Jasin - Family+relatives+friends

*comel la gambar ni... ;p

2) Warna tema - semestinya PURPLE so sweet kan color ni (baju family/pengapit/etc)

3) Warna Baju Sanding - Greyish a.k.a Silver - CONFIRMED

4) Borang Kebenaran Berkahwin - mine : DONE - Hazman : Sudah smpai di tgn saya (02.03.11)

5) HIV Test - DONE

6) Kursus Pra Perkahwinan - DONE
7) Sewa Dewan - paid : DONE

8) Catering & Menu - DONE

9) Kerusi/Meja/Khemah (2 buah untuk mlm nikah) - Mommy will sort out. Love u mak.



10) Andaman (Eqasih Andaman) - Deposited : CONFIRMED

11) Photog/Videographer - Maran : CONFIRMED

12) Cik Pengapit saya - Ain my cousin : CONFIRMED

13) Baju nikah - Creamyy : MEASURED

14) Hantaran - Decorator : PISB MiTC - color : CONFIRMED

15) Bilangan & Senarai tetamu - CONFIRMED

16) Caklempong - CONFIRMED with Mr. Azhari (Labu, N.Sembilan) - Package SATISFIED! ;p

17) Favours - mlm nikah : DONE - majlis sanding : DONE - kids : NOT YET

18) Kad kahwin - for VIPs : DONE (Abah setelkan. tq) - others : NOT YET

19) Bunga pahar - DONE

20) Accomodation (hotel) for groom's side - NOT YET

21) Wedding heels - BOUGHT - will DIY here n there. kalau malas kosong ajela heels itu. ngee ;p



22) Inai - pokoknya udah ada dong. Tinggal nak carik mangsa sape yg tolong tumbuk..hahhaha..

23) Honeymoon - Last but not least. Tp yang ini bukan lah dalam mase tdekat kot. Oohh betapa saye nak sgt ke Mabul Island, Sabah. Verangan SINCE I WAS AT SECONDARY...


*Mabul Island, Sabah*

Tuesday, February 22, 2011

Doa Buat Bakal Pengantin..

Assalamualaikum kawankawannnn (teringat si budak raiyan). Hari ni me terpanggil untuk berkongsi beberapa doa yang selalunya boleh uols letak dalam kad jemputan. lepas solat pon boleh amalkan ape. kan? doa yang sangat cantik untuk uols..

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati, jagalah hatiku agar tidak berpaling dari hati-Mu
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Allah,
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah bersatu salam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu,kukuhkanlah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalan-jalannya,penuhilah hati kami ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar,Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu..
*
*
Ya Allah,
Limpahkan kepada kami
Cinta yang menjadi pengikat rindu antara Rasulullah SAW dan Khadijah..
Yang Engkau jadikan mata air kasih sayang antara Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra..
Ya Allah,
Andai hal itu layak bagi kami, maka cukuplah doa kami dengan Redha Mu..
Untuk jadikan kami sebagai suami isteri yang saling mencintai dikala dekat..
Saling menjaga kehormatan dikala jauh..
Saling mengingatkan dikala senang..
Saling menyempurnakan dalam ibadah..
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada Mu dan bukti cinta kami kepada Sunnah Rasul Mu..
Amiin Ya Rabbal Alamiin..
*
*
Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua dan
semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka,
menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai..
*
*
Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya
dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah SWT menatap mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka

Monday, February 21, 2011

otak tidak stabil? :/

Apakah? oooooo tidak. hmm. sebenarnya me sendiri x tau ape yang difikirkan smpai jadik mcm ni. bulan ni aje dah 2x jadik. oh sangat serius bunyiknye. me cuba untuk abaikan ape yang da jadik. tapi xleh. redha ajela kan. x pernah seumur hidup dalam sebulan jadik mcmni smpai 2x. itu sbb blog title nye pon OTAK TIDAK STABIL? ataupon TIDAK BERADA PADA PAKSI ATAU RIGID YANG BETUL. betul ke pggunaan RIGID itu? suddenly me tlintas pkataan itu.
Adakah cik aini sedang berangan? atau cik aini sedang memikirkan sesuatu sehingga jadi begini? atau mungkin disebabkan mr. fiance yang dah x mcm dulu sbb dia sdg demam? rasanya jawapan dia = SEMUA YANG DI ATAS. hmm. kali pertama, guess wht, me nangis sungguh2. tp bile masuk kali kedua, dalam hati 'wehh ape ko dah buat ni'..hahahahahahaha. kejadian pertama....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


-kendur urat saraf tgk ko!-

Sungguh x dapat diterima akal. kau boleyh blubang disaat baru kali pertama aku nak pakai! ok fine. me salah. bukan baju yang salah. seriously, iron tu rasanya mcm x panas lg sbb baru on. kene je kat baju terus.................................erk. tgk bontot iron tu, cair my two tones chiffon. mahal kot aini oiiii. me beli ni sekali mase beli kain untuk nikah. ntah kenape ek mcm sengal sgt. selalu pndai iron tbalikkan baju or alas. tp tu la kan. me nangis. hantar mms kat mak. mak tnya camane leh jadik mcmtuuu. mak kate nnt pendekkan buat baju kurung kedah! hah! ye kan aje la. dari buang. seb bek kain elok n sesuai. hahahaha. baju ni da lama siap. tp x pakai2 sbb nak tunggu soooon dia mari. bila feeling2 tu da mari skali nak iron blobang. dang! me bukan nak dedahkan yg me x pndai iron. come on la! iron baju sendiri dari kecit kot. tp tu la..tu la! tu la!
Yang ni kejadian lak kejadian 30 minit yg lepas. tp bukan sbb iron weh. sbb gunting. nak buang lining baju kain saree tu kononnye. sekali gunting dengan yg luar skali. aini! ko gunting kain luar la! hahahaha lantak la. x moh pk. me lipat n dushhhh masuk lam paperbag n nak simpan kat uma mak. heeee. nak ngs ni. haaahaaa chilllllllllllll babe! sesungguhnya kondisi aku tidak stabil. mr. fiance? ntah mane. tidola kot. nite all. sleep tight. *sigh*


-xde maknenye nak jahit balik. obvious kot!-

Thursday, February 17, 2011

::zon diet::

hi uols..
dgr saje dah nak ketawe tbahak2, kan? saya diet? mungkin ya mungkin tidak. kelakar2. honestly, saya mmg sedang elak nasi. tapi kan selalunya langgar. bila masa langgar? semestinya bila balik rumah mak. x pon tpandang lauklauk yg x kan boleh excuse punye kat tekak ni. nasi mcm hantu kan? suka kacau kita. suka dekat2 dengan kita. hehehe. i try my best untuk shed some kilos. wah kilos tuuu. more than 1kg? oh my. adakah ini mimpi di siang hari? kalau x boleh pon maintain aje da cukup kot? chubby tu ok whut. hati senang kan. hahaha. anyway, td saje google info pasal bakal pengantin. saya ambil ni dari pesona pengantin. contoh makanan yang perlu dijadikan sahabat ketika berdiet. (berdiet kah aku?)

Putih telur
Makanlah putih telur kerana ia dapat meningkatkan metabolisme badan anda. pabila metabolisme meningkat, tubuh akan bekerja keras untuk memecahkan lemak. Kemudian, asid amino yang terkandung dalam putih telur dapat membina otot tubuh. Di hari persandingan nanti, pasti si dia tersenyum lebar apabila melihat anda langsing persis model.
Keju
Jangan takut untuk makan keju tapi berpada-padalah. Jangan sampai diari diet anda musnah kerana keju. Protein yang terdapat dalam keju boleh membantu keberkesanan diari diet anda.
Oat
Walaupun oat tidak digemari kerana rasanya, namun khasiatnya sudah diketahui umum. Oat merupakan menu wajib untuk bakal pengantin yang sedang berdiet. Oat tidak mempunyai gula tambahan dan mampu melancarkan peredaran darah. Aliran darah yang lancar boleh menghilangkan rasa takut dan gusar anda tentang persiapan hari bahagia yang bakal tiba.
Ubi kentang manis
Ubi kentang biasa lebih tinggi kandungan gulanya daripada ubi kentang manis. Sebiji ubi kentang yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori sahaja. Namun, jika anda mahu jadikannya sebagai masakan, ubi kentang ini harus dibakar atau dipanggang dan bukan digoreng. Jika digoreng, ubi kentang akan menyerap minyak dengan banyak.
Lobak merah
Lobak merah bukan sahaja boleh menyihatkan mata tapi boleh dijadikan pilihan untuk membantu diet anda. Lobak merah mengandungi kalori yang sangat rendah kerana ia kaya dengan serat dan ini elok penghadaman anda. Semua makanan yang masuk nanti mudah sahaja dikeluarkan jika kerap memakan lobak merah.
Tauhu
Soya merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam tauhu. Tauhu hanya mengandungi kira-kira 50 kalori sahaja dalam setiap tiga auns. Jadi, tauhu sangat sesuai dijadikan snek sihat anda. Apa kata anda cuba jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam masakan seperti dimasak sup ataupun dibakar.
Coklat panas
Sedapnya coklat panas! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama-sama dengan biskut. Tidak salah untuk anda minum coklat panas. Namun, pilihlah yang rendah lemak atau kurang manis. Campuran koko di dalam secawan coklat panas itu mampu memberikan anda kekenyangan. Sesuai diminum pada waktu anda bersarapan. Secawan coklat panas tanpa lemak hanya mempunyai kira-kira 50 kalori sahaja. Jadi jangan kuburkan minuman kegemaran anda semata-mata untuk berdiet di hari persandingan!
Teh herba
Teh herba bukan sahaja mampu menenangkan minda, malah boleh membantu anda tampil langsing pada hari persandingan. Secawan teh herba pada waktu minum petang boleh meredakan ketegangan dan dapat membantu menghindarkan diri anda daripada mengambil makanan yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda gemar makan ketika menghadapi ketegangan.
Yogurt rendah lemak
Yogurt semestinya pilihan yang terbaik bagi anda yang sedang berdiet. Namun, sebelum membeli yogurt kegemaran anda itu, pastikan ia rendak lemak. Anda boleh makan yogurt begitu sahaja sebagai snek atau jadikannya sebagai bahan tambahan di dalam sandwich atau salad bagi menggantikan mayonis.
Jus lemon atau limau nipis
Secara psikologinya, haruman sitrus lemon atau limau nipis akan membuatkan kamu terasa lebih segar untuk menikmati makanan yang lebih segar dan berkhasiat. Minum jus lemon atau limau nipis suam selepas makan mampu membantu anda membuang lemak di bahagian perut. Pasti perut yang buncit dan menggeleber kelihatan nipis pada hari persandingan nanti.

hahahihihuhu

Holla ;)

To-do-list (Done)
-HIV Test.
-Test Baju Sanding (tp mau cuba lagi yang lain).
-Kursus Kawin da setel. Alhamdulillah. Lebih best bile pegi dengan si sayang-sayang.
-bu dah amik borang nikah side dia.
-doorgifts hampir siap. nasib mak ade tlg sikit.
*masa berlalu sgt pantas*

Monday, January 31, 2011

Fully utilized!

28-29hb mmg sungguh penuh dgn mcm2 aktiviti. Yang paling penat+tensi = mencari kasut kawin. Mane x nye kan. Da nampak yang berkenan, size xde. Jumpe yang cantik, x sedap pakai pulak! Gile ko x tension! Paling x suke carik kasot! Paling kesian kat my hazman sbb tpakse jadi penasihat ke sane sini dengan saye. Hee, love u sayang. Last2 beli kat summit DP.
Sabtu pagi actually ktrg isytihar perang. Biaselah. Pause here and there sumtimes. B4 gerak ke wedding ctot, me singgah secret amik kek untuk hani n azam. Saje beby n me nak wat suprais untuk cik hani. Eventhough hani bukan suka sgt pon kek. Tapi we all just nak happy2 celeb bday hani n her bakal tunang (en. Azam).
After that kami konvoi 3 kereta ke rumah ctot. Best sbb x penah berkonvoi dengan psgn masing2. This is our 1st time ala2 triple date gitu. Sampai je pegi salam pengantin. Tahniah ctot. Pose sane. Pose sini. Yang cik abangs pegi makan dulu. So sweet~
After makan, tunggu cik intan dgn iqmal. Ktrg gelak x ingat dunia. Ntah apela dalam hati encikencik tu kan. Agaknye dalam hati dorg "haiii ntah bile la nak gerak ni". Sorry ye encikencik sekalian, kami kalau jumpe mmg byk benda nak lepaskan. Heeee. Balik masing2 dgn arah yang blainan. So me ngn hazman ke MP n DP.
Actually kan, mase masok Carlorino MP yang baru tu, rase sgt rambang mata. nak carik kasot tp tengok handbag. Mcmane tuh! Mate tergoda dgn purse CR yang sgt simple n cantekkk. So saje gatal tnye amoi tu. Die pon kate ade less bagai. Tp still mahal. Tak boleh! Kasot x beli lagik. My sayang kate, cantik. Tp hasotan die x bjaya! Terus tarik tgn die keluar dr butik itu. Arghhh! Heeehee. Last kami ke Himalaya, since i mmg nak try pil lawas Himalaya. Encik hazman mungkin bosan dgr amoi tu explain pjg lebar. Die nak g toilet so i kate "ha, pegi la, pie lame kat sini". Tunggu die balik dr toilet me pon da jmpe brg so kami keluar. Nak jumpe tailor kat bukit katil lepas ni.
Setel sume dia hantar saye balik and abah ajak dia makan dulu b4 balik. So tgh borak2 me tgk dalam paperbag kasot ade 1 lagik paperbag kecik kaler pink. Me tarik keluar n eh..CR punye paperbag! Woow. Me pandang dia, dia toleh tempat lain. Hmm! dia belikan purse comel tu! Me mcm..errr! Patutla dalam kereta all the way balik rumah dia tnya2, pie suke suprise x. Ehh sume org suke kot! Tqsomuch to encik hazman. Pandai die cover pegi toilet la konon! Anyway, pie mmg suke suprise. ilysm!
*Hazman sayang, tq untuk gift secomel ini*

Tuesday, January 25, 2011

Kosong-Kosong-Dan-Kosong

Ape yang kosongnye ni cik aini oiiiii. Hm, saya rase sgt lost! mcm ntah la ea. Ok line maxis saye barred! Boleh agak kan ape yang membuatkan ia kosong-kosong-dan-kosong? Rutin harian saye di sini (kalau x balik rumah family) g keje pagi sms 'imissu' same jgk mcm dia. Tghari zohor sms/call tnye da mkn ke blum+imissu. Balik kerja, mandi/Asar/Bike/Dinner. 6.15-6.30 saye akan tunggu die sms/call 'bu da kua nak balik ni/da smpai umah'. Biar die rest/Asar, sms smpai ke mgrib mengadu ape2 yang patut. Baik saye atau die akan mengadu itu ini. Mlm after solat/ngaji kami akan sms-sms-sms. Die da setel makan bagai baru gayut. Sampai la +- 10.30 mcm tu saye akan tidoooooo. Mcmtu life saye dan die. Dah biase tiap2 hari mcmtu kecuali kalau weekends/kami dating. Kalau kene barred sekalipon x smpai 3-4 jam. Tapi kali ni sehari tuuu. Mmg terase sangatsangat. Naseb baik hari ni pay day. Boleh transfer kat die duit bil mintak die pegi bayar. Yang lepas die dah bayar, kali ni biar saye pulak. Jiwa saye kosong. Pulak tu tgh x 'bersih', paham2la kan. Banyak suara2 setan! Hish. Saye tahu saye x boleh kehilangan die. Tp semalam saye betul2 terasa yang saye memang x boleh tanpa die. Siap feeling2 da xtau nak watpe layan la B.O.F. Tgk Jun Pyo terbayang Hazman. Ehh~
Hahahahahhaha. Almost 3weeks x jumpa die. Jadi rindu terlebih. :)



Monday, January 17, 2011

serabut lintang pukang

hola there ;)
Lame sudah tinggalkan dunia blog. byk je benda nak tulis tp x tau yang mana 1. sampaikan last2 1 hapah pon tarak. well, sebagai bride2be, mostly tajuk blog nye bkenaan dengan preparations untuk big day. so boleh agak kan yang serabut itu yang lintang pukang itu semuanya berkaitan dengan majlis saye. Mcm2 kene fikir. Kenape kene fikir sgt? Sebab kalau x saye, sape lagi yang nak fikir kan? Lu pk la senri kan. Sekarang tidur dah mula x lena. B4 lelap ingat itu, tengah keje ingat ini. Arghhhh. Si dia dengan masalah lain. Sampai rasa mcm x nak teruskan. Boley? Hmm. Ape yang saye tau saye setelkan ape yang perlu saye setel :) Ini 28-29th Jan punye agenda :-
  • My Friend's wed
  • Tempah Baju Nikah
  • Hantar gubahan hantaran (saye teringin buat senri special untuk dia tp saye xde seni)
  • Pergi jumpe fie (eqasih andaman) untuk 2nd session + harus bawak extra $$$
  • Carik bantal purple yang comel

On Feb, will go for HIV Test. Semestinya akan cuti. Since 12&13th ade Kursus Kawin with si dia and bffs, cuti HIVtest jumaat lah senang. Sekarang tengah mengerah tenaga si dia untuk buat map ktrg. heee;) x kuasa haku nak mengadap map2 bagai. biar dia buat. Kalau x dia xde keje. Mentang2 on his side guna wed. planner. Senangkan. X payah susah2 fikir itu ini. Haaa, awak harung la mase nak nikah nnt! Padan muke! Jangan nak buat muke kesian ok. huh! Sekian.