Monday, November 29, 2010

S.E.M.A.N.G.A.T

Semangat! Haruslah bersemangat. Semangat dari segi ape? Semangat dari segi simpan duit. Wahwahwahhhh bukan main ye ko duit. Main chakk2 dengan kite. Nanti awakkkk! dapat je awak, sumbat dalam lokap! heee :)
So semalam dah setel doorgift for non-muslims and also for malam nikah. wahhhh duit terbang dgn begitu senang hati. Wahai duit, duit xnak ke dok dgn kite lame2 sket. beranak la. kite sayangggg awak. beranak byk2! hehehe! adoiiiii. hah! SEMANGAT! SEMANGAT!
Bukan excited ke hape tp semangat amat penting ye dalam menjalani liku2 seharian selepas tarikh itu disahkan. Persiapan awal sangat penting uols. Benda2 yang mana boleh dibeli dulu, better grab je awal2. semua dah dekat 50% done. Nama anak pon i da ade ok. **kelakar**hahahahahha. seronoknyeee berangan. hikhik. This coming Friday nak amik cuti. Perlu berurusan dengan Majlis Perbandaran Jasin. Nak bayar sewa for Dewan Alamanda.
Hopefully, semuanya akan berjalan lancar. Amiiiiin Ya Rabbal 'Alami

Friday, November 26, 2010

just the way you are....

Lavvvlyy friday..salam jumaat buat anda~
Dah masuk penghujung November. cepat kan masa blalu tinggalkan kita. sekejap je saya da lebih stgh tahun jd tunangan Hazman. Rasa2nya dugaan masa bcinta lebih hebat yang melibatkan kami. tapi dalam tempoh bertunang ni dugaan dari segi lain pulak. Dalam kekurangan saya, ade kelebihan dia. Mcm tu jgk dalam kekurangan si dia, ada kelebihan saya.
Semalam kan hujan lebat dgn angin yg sgt kuat. guna payung pon same mcm x guna! ha hahh! Lenchonnnn habes! Baju plak kain chiffon mmg la nmpk sgt kebasahan tu. so malam mula kepala jadi berat n tekak perit plus hachommmmm lebih doploh kali. susah betol nak tido. dia mesti da tido kalau nak kacau. tp x pe, cuba naseb.
Ringg ringg! Lucky ye dia jawab \(>.<)/
bubu : hallo pie..kenape ni?
me : x boleh tido la. tekak perit (mengade ekk..)
bubu : ok2..sian pie..mcm ni, bu teman pie g dapo meh..
me : (dlm hati-mamai ke hape mamat neh)..turun g dapo buat apenye bu?
bubu : pie g amik air suam then + 2sudu garam and gurgle..
me : (skalik lg confuse - sah mamai)..buuu! ape kaitan xleh tido dgn air garam??
bubu : pieeee kan tekak perit, air garam leh bunuh kuman mane tau leh jd punca tonsil ke..(ohh saya da ketawe besar!! sampai ke situ die pk)
me : xpe la bu. dgr suara bu, pie da leh tido da. thanks ye. nite.
bubu : muahh..

Sumtimes mmg tserlah die punya maness tu. kdg2 yg remeh temeh ni la sbnrnya yg buat kita nmpk. dia mmg kdg2 menyakitkan hati. tp dia la jgk penawar untuk saya. saya cuma mampu bharap dan bdoa agar ia berkekalan. Walaupon orang byk ckp nnt da kawen msg2 akan berubah, tp rasenya x perlu lah ckp mcm tu kan. seolah2 mendoakan. Semoga ditetapkan hati msg2, Amiiiinnn...

comel kan pic ni..heee :)



Wednesday, November 24, 2010

1 2 3 iloveyou



Mata saya penat ngadap pc! haihhhh. inilah akibatnye bila bkerja dikalangan majoritinye org tetttt. haiyakkk. semua kite yg kene buat. mungkin x semua workplace mcm tu. but mine yesss! saye la panitia BC. saya la panitia KH. saya la panitia Math. and so on. penat tau kdg2. "aini, tlg buat pjanjian rmt - aini, tlg buatkan carta organisasi kelab itu kelab ini". bukan kerja saye! itu kerja tutttt! "alaa kasi cincaiii la aini. lebih kurang sket laaaa". huh! hmm x reti la mcm ni. semak kepala hotak. saya nak kawen hokey. byk hal nak pk ni. haaaa jangan buat saye marah tau. jd hulk nnt! xde kaitan dengan tajuk ni!
Ok! saya sudah dapat jumpe kumpulan caklempong! yang berpatutan including emcee-bace doa-silat-kompang-pa system! habes cite. sekali harung! boikot shopping yang bukan2 plissss~

Monday, November 15, 2010

empat belas

hi monday dearie;)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tapi ia terbaik untukmu, Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia bukan yang terbaik untukmu" (Al-Baqarah : 216)


Maksud sepotong ayat ini sungguh bermakna bila ditafsirkan. warna warni kehidupan. macam macam telah terjadi dan bakal terjadi. untuk bebylal, kamu juga bakal disunting. im so happy for her. hani, me always pray for ur happiness. ape saje yang terbaik buatmu. specialnya empat belas ini sbbnya empat belas haribulan adalah smlm. heeee;) semalam berlangsungnya upacara penetapan tarikh yang bakal mengubah serba serbi. wah! masih tertanya2 betul ke ni dah nak kawin. da nak jadi isteri org. ohhhhh >.<

Terima kasih yang x terhingga buat abah dan emak sbb sudi melayan papa dan mama batman. buat bakal mertua juga terima kasih sbb sudi hadir merapatkan hubungan kekeluargaan. minggu depan genap sebulan x jumpe batman ye. kuat kan? kan? hahahaha..

Monday, November 8, 2010

cerita mereka bukan cerita saya

Sangat lama x menjengah blog. internet problem plus kerja yang selambak ni haa. ya ampun! kan ke best kalau SPP + lagi sorang N17 kat sini. x lah keseorangan. petang pon x lah bosan n ketakutan. nak2 lagi kat sini ade guard baru yang sikapnye hmm agak menakutkan. dengar mcm2 cerite tentang die. ohh x nak pk la! takut! petang kene la kunci pintu. kalau la malang itu berbau.....*ini cerita saya* heeee.
Bukan menjaja cerita org tp ini buat pengalaman diri sendiri. lgpon xde sape yg tau cerita ini cerita siapa. kecuali ade yang terasa. maaf ini tiada kaitan dgn sahabat + kenalan. pengisian suami isteri dalam rumahtangga amat penting, kan? bila tgk sesuatu yang negative depan mata, saya jadi takut pule nak kawin. saya takut saya akan jadi mcm dia. jauhkanlah segala yang buruk itu YA ALLAH. kenape suami menjadi seperti org yang hilang pertimbangan sehingga memukul isterinya sendiri? dahulunya seorang yang pendiam. mungkin jenis pendam segalanya? wallahualam~ si isteri pula, seorang yang cemburu yg amat! hmm smpaikan si suami kalau nak pegi byr kat kaunter2 kene cari cashier lelaki. omg. smpai gitu sekali. si suami smpai je rumah terus diasak dgn mcm2 soalan kalau ade yg dia x puas hati. duduk pon x lg. agaknya mana la suami x naik tgn kot.
Maka betul la ape yang islam tuntut dalam mencari pasangan. dalam menuju ke arah sesebuah perkahwinan itu, antaranya pilih pasangan kenalah sekufu kan..setaraf. kalau x, mak bapak masuk cmpur. si suami org kampung. xde harta mcm keluarga si isteri. anak tan sri. kaya. tp ntah atas dasar ape keluarga x halang si anak kawen dgn lelaki xbharta. bila da x sehaluan mak bapak masuk cmpur, suruh si suami lepaskan anknya. patut ke itu blaku? kenapa x diberi peluang kepada mereka untuk betulkan kesalahan dan sikap msg2?
Nasib msg2 la. semoga dijauhkan segala yang x diingini.
Sekejap je dah nak bulan 12. sekejap je da nak masuk 2011. SEKEJAP JE DAH NAK MASUK BULAN 5!!!