Monday, June 4, 2012

Ibu..

Entry ni bukan untuk mengadu atau ala ala mengharap org kate "kesiannye dia". Hehehe. Macam cerita Madu 3. Kesiannnnnnnn. Entry ni untuk exercise jari tangan yang makin lama makin teruk sakitnya. "Patutlah SYURGA itu ade pada ibu". Setiap hari saya sakit sekarang ni saya pasti akan cakap ayat tu. Cukuplah punya seorang suami yang memahami kesakitan ini. Saya selalu cakap pada dia, "tau x mcmane rasa bawak perut masa mengandung?" Hehehehe. Wahai anak ibu, jadilah anak yang sentiasa kenang pengorbanan ibu bapanya. Sekarang asyik pk je, akan hilang ke sakit ni selepas bersalin. Kalau lah ini akibat mengandung dan akan hilang, saya akan lega. Tapi kalau ia kekal? Macamane? Aktiviti terbatas. Semua kerja x boleh nak buat. Saya x boleh menulis. Saya jadik lembab menaip. Itu sebab saya kata td ini adalah exercise jari. Hmm. Saya x boleh genggam dua2 tangan. Saya x boleh suap makan sendiri. Mesti bersepah atau x masuk semua dalam mulut. Macam sedih sangat bile tengok keadaan diri sendiri. Dah jumpa 3 orang doctor yang berlainan. Tapi cakap perkara yang sama. Darah di tapak tangan x jalan lancar sebab urat di pgelangan tangan dah mngembang. Jadi ia halang darah untuk mengalir betul. Kebas dia sakit lain macam.Selalunya, bila saat2 dah masuk 8 bulan ni kaki bengkak. Tapi Alhamdulillah saya x bengkak kaki tapi saya bengkak di tangan. Bengkak sangat2. Especially bile bangun pagi. Betul kata orang, kalau x kene pembawakan anak masa awal2 mengandung, kita akan rasa masa dah nak masuk last trim. Tapi kan awal & last, dua2 saya rasa. Muntah teruk sampai 6 bulan. And masuk 7 bulan pulak kulit keluar jerawat2 dekat badan. Penuh sangat. Muka je x kene. Tangan pulak mcmni. Kesimpulannya saya kene sepanjang mengandung. Lusa kene inject kancing gigi for 2nd dose. Kalau doc tu prihatin, dia mungkin bagi MC sampai beranak. Mana la tau kan. Memang susah saya nk bekerja dengan keadaan mcmni. Pegang fail pun jatuh. Tulis cheque pon sampai 3x kene batalkan. Saya x pernah membayangkan yang pembawakan baby sampai mcmni skali. Harapan cuma 1, hilang lepas melahirkan. Setiap anak, pembawakan nya lain2. Tak sama. Mungkin ada yang lebih teruk dari ini.

Salam...