Wednesday, April 25, 2012

Dunia Si Kecil

As-Salam. 
Sihat semuanya? Saya macam ni la. Sudah cepat penat buat semua keje. Haaaa semputttttt! Especially basuh & sidai baju. Ya ampun nak oi, beratnye rase. Semalam check up. Ok semua. Cuma bile mengadu dengan nurse tu, dia kata sesuatu yang buat kita tak tenteram pulak. Kelahiran Pra-Matang. Tanda perut mengeras & sakit bahagian belakang. Bukan normal ke tu bile dah masuk 3rd trimester? Doakan baby keluar pada masa yang sepatutnya ye semua. Saya takut.
Sekarang ni, $$$ hanya fikirkan untuk penuhi dunia si kecil sahaja. Saya cuba lengkapkan semampu yang boleh. Berjalan juga walaupun kadang2 nafas ni makin pendek. Bangun juga walaupun badan ni sakit. Semoga jadi anak yang tahu erti pengorbanan ibunya. Bawak perut ke sana sini 9bulan lebih. Banyak lagi barang-barang keperluan baby belum beli. Nampaknya bulan ni kene setelkan tilam, pampers, towel, blanket & barut baby. Yang lain2 nak beli ape lagi tak tau dah. Blurr. Tetibe.