Monday, July 11, 2011

Sedang Ingin Bercinta!

Weeewooooo!
Tajuk begitu hot yaawwww! Hehehehe. This week merasa la lebey masa dengan si jejaka idaman hati a.k.a si bulat a.k.a si aaron aziz. Ahaks a.k.a Encik Husby ;) Karok sampai lebam kot @ dreambox (Fri @ Nite). Lepas gian aritu karok x puas. 3jam ngan buffet siap. adehhh! sampai x leh nak nyanyi la. Heeee :) 
Sabtu bercinta di rumah mak saja. N ahad untuk pertama kalinya kami ke pasar ye. Sebelum ni superMARKET saje! Eh rambang nau mata si dia. Kalahkan orang perempuan pergi pasar pulak. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli. Hahahhahaa awak ni! Ikan la kerang la paru la. Mcm2! Pergi kat tempat sayo, pie..pandai buat salsa x? Senang je. Kite beli tomatoes n capsicum. Nnt google la resepi. Haihhh tekak Mexican dia dah keluar! Yelaaa layankan jela. beli la buuu. 1 kedai ni pon xpe. Hehehe saje perli! Xnak berjimbit pulak kan angkut barang mcm nak buat kenduri. Dahla Lowpan tu bagi free sayo bayam smpai 2 ikat besar! Haiyyo Lowpan! Xie xie ni ya lowpan! Sape nk melantak banyak mcm ni! Mak pon terkejut bwk balik bayam byk2! Jadik popeye la ape lagi mak! 
Bercinta lepas kawin mmg syok! Lain je rasa. Heeee. Balik rumah rebus kerang, naik lenguh kaki berdiri mengopek kerang. Nasib baik si dia ada kesedaran sivik. Tolong skali kopek. Itu pun kire bercinta tau! Hehehehe. Setel, masuk2kan dalam plastik putih and simpan lam freezer. Senang nnt bile nak masak.
Sekarang ni kan, si dia kerap berangan depan cermin tau. Konon2 si doctor ckp gini, "Tahniah Encik Hazman, awak bakal jadi bapa". Ehh siap berlakon tgh shake hand dgn doctor. Alahaiiii. Sabar lah sayang. Belum rezeki kita. Kita kan baru kawin. Tp syokk jugak kalau rezeki cepat. Alhamdulillah. Apapun saya terima. 

rajinrajin la tolong isteri di dapur! ehek. banyak kebaikan tau!

Monday, July 4, 2011

Jejak ke Syaaban

Kawankawan! Kita sudah masuk Bulan Syaaban! (wah mcm geng upinipin lah!)
Alhamdulillah, Kita masih sihat. Kita masih boleh senyum.Kita masih punya orang yang menyayangi kita. Tak kire la, makabah ke, kawankawan ke, adikberadik ke, rakan sekerja ke. Menyayangi lah, kite pasti disayangi, InsyaAllah. Tu dia mood Syaaban dah masuk :) Heee. 
Ok lah, mari kite berkongsi serba sedikit pasal Bulan Syaaban. Syaaban adalah Bulan yang penuh dengan keberkatan.
 
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)
p/s: Sama-samalah kita berkongsi kebaikan. Nanti sama-sama dapat pahala :)
Sumber di sini

Friday, July 1, 2011

ohhh no TERPEDAYA episode 2

harap maklum  la ye kawankawan. episod 2 xde. segala kesulitan amatlah dikesali. topping x shedap! masham! jgn guna lemon juice!
Tahniah buat beby! bakal jadik Pembantu Makmal yang berwibawa~jgn bazirkan duit gomen sek tumpahkan asid jo! Alahai rindunye nk jumpe BFF.. :(