Monday, June 27, 2011

terpedaya episod 1

darlingdarling!
hm! make it short. tengahari td mase lunch break, me gigihkan diri untuk balik umah & bikin mende alah ni. semua sebab TERPEDAYA dek entry bff beby. yang sorg lg, bff hani die kate sedap! x leh jadik ni. ani bukan suka sangat. tapi dia leh kate sedap! so sad kan me x pernah rasa. so me google resepi n dalam masa sejam me bjaya buat RED VELVET. bjaya ke? entah la. so malam ni nak anta umah mak sempena birthday dia yg ke-51 on 30-06-2011 ni. becoming la ma. anyway, i love u so much mak. so much! hm, on that day, encik husby keje malam. jadik haruslah lincah! jadik sempat pulak tu 1/2 jam ber-mixer & 1/2 jam lagi ber-oven bagai. petang ni nak wat cream cheese topping pulak. masa digunakan dengan sungguh berharga. saje2 nak cuba :)



episod pertama**winkwink

Friday, June 17, 2011

::Yang Terindah::

Hi All ;)
Salam Jumaat buat kalian. Cuaca kat sini mendung je. Encik Husby mula sms, 'pie, ujan mcmana nak basuh baju?'. Hihihi. Sejak para engineer kat kilang dia kene keje shift, mcmtu lah rutin dia. Balik rumah saya tengok dia dah sidai baju. Memang terkejut sebab x pernah expect pon yang si dia boleh tolong kerja2 rumah. Sekarang saya faham. Apa perasaan isteri bila balik kerja, nak fikir masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, and so on. Tapi bila si dia bantu serba sedikit, saya rasa semacam. macam nak pengsan pon ada sebab happy sangat. Alhamdulillah. Walaupon lepasni akan berubah sistem hormone segala bagai. sebab? oke, saya pergi kerja, dia balik kerja. Saya cuti weekend, dia cuti weekdays. Bila mau jumpa? Saya takdak jawapan. Saya x pernah ngadap lagi benda alah ni. Tapi saya harap saya kuat! yeah! Kalau x jumpa si dia sehari saya boleh mengaruk. Mengaruk tau x ape? Tanya mak saya. Saya pinjam ayat dia. hee. Saya 184% setuju kerja kerja rumah perlu dilakukan bersama. Sebab kita hidup pon sama2. Kalau nk ikutkan (kata penceramah kursus kawin dulu) masak pon kene suami tau. heeee. logiknya, suami bertanggungjawab beri nafkah zahir batin termasuk makan minum isteri. Makan? maksudnya dah masuk perut n kenyang baru betul. Tapi kita pon patut PK la kan, xkan la laki kau yang nak masak untuk kau kan. Hahahaha. Yang penting semua buat bersama. Kalau tidak watpe kawin kan. Kalau saya dah masak dia pulak cuci pinggan. Saya harap ini berterusan. Itu dia saya. Amiiiiin.


Friday, June 10, 2011

'craving sympathy'

Salam Jumaat buat si cantik cantik sekalian..

Hari ni hati sgt terpanggil untuk repeat lagu Sesungguhnya - Raihan. Bukan sebab hari ni Jumaat. Sebab hati. Soal hati (hahahah teringat cite soal hati - that time erra sgt skema). Tak ade sape dalam dunia ni yang x pernah buat salah. Aiyyo mana ade yang perfect! Yang sempurna itu hanya Allah SWT. Me nak kongsi sikit rasa ni. Dalam sama2 suami isteri nak saling kenal hati perut masing2, seringkali akan ada pselisihan. Yang dah melalui fasa ini, semestinya mengerti. Almaklum makan garam dulu kan. Perangai saya mcm ni perangai dia mcm tu. Saya eldest dia youngest dalam family. Saya manja dia lebih lagi manja. heeee. Saya senang bangun tido, Ya Ampunnnnn dia punyalah susah nak bangun. kejap2 5 minit. Kejut lagi, 5 minit yang. Saya kurang sabar. Dia banyak sabar. Kadang2 saya tanya diri sendiri, kenapa saya mcm ni? Kenapa saya cepat melenting bila kejut dia bangun, tp dia x bangun2? Cuba sabar sikit. Tapi saya sayang dia. Jadi saya mintak simpati DIA, untuk kurniakan saya sifat sabar. Supaya jauhkan saya dari perasaan hasad dengki, sombong dan bangga diri. Supaya tingkatkan lagi kasih sayang saya & dia. Namun tidak mengatasi kasih sayang saya dengan Allah SWT.


Pada Mu YA ALLAH. Hadiahkanlah kasihMu kepadaku. TUHAN, kurniakanlah rinduku kepadaMu. Moga ku tahu syukurkuHANYALAH milikMu.

comelkan baby ni mcm tgh merajuk pon ade. mcm tgh malu pon ade. mcm tgh tido pon ade. *xde ape2 kaitan ye*