Thursday, October 27, 2011

Entry buat Mr. Husby Hazman

Macamane boleh terkeluar entry ni. Entah. Tibe2 teringat saat2 bercinta bersama dia. Dan tibe2 terlintas bile dengar lagu Terang Dalam Gelapku by Ungu ni ha. Kami memang membesar dengan lagu2 Ungu kot. Hahaha. Start dari ktrg kenal, dia dedicate lagu Kekasih Gelapku. Sungguh Kekasih Gelap ktrg masa tu. Allah saja yang tahu perjalanan kami. Ade kaitan kan antara Kekasih Gelapku masa bercintan cintun dulu dengan Terang dalam Gelapku selepas bgelar suami isteri. 
Memang betul la kate orang kite kene buat senarai nama. Senang nak pilih. Ahaks. Comparison memang perlu. Supaya kite x menyesal. Jadi buatlah mcm saye. Bahagi dua column ye. Guy A & Guy B. Hahahahaha. Lepastu uols simpan la dah tua boleh tengok. N tunjuk pada INSAN TERPILIH tu. LIFE IS SO SHORT, MAKE IT SWEET yahhhh.
Kenapa mesti saya pilih dia? Ohhh saya x punya sebab. Sampai sekarang saya carik kenapa saya pilih Hazman Yusof. Tapi yang paling penting itu adalah kerja Allah SWT. DIA yang temukan kami. DIA yang tentukan segala perjalanan sepanjang kami kenal. Alhamdulillah. Baik buruk datangnya dari DIA. Bercinta nak rak dengan orang lain. Baik saya atau dia. Pertemuan kami juga DIA yang aturkan. Sekarang saya nampak. Ohh kenapa touchingggg nii! Saya x mengharap untuk dia baca entry ni. Sbb entry kali ni adalah mengikut gerak hati dan naluri. Bukan sebab lain. Semalam saya tanya encik husby masa tengok album kawin..

saya : i rasa macam i cantik la masa kawin..badan pon ok lagi. x macam sekarang (perasan at e same time merungut!)
dia : mmg la cantik. sekarang pon cantik.
saya : i dah gemukkk (mcm nak nangis). eh tapi kannn i makan same je mcm dulu. sekali ajekkk! kenape jadi mcm ni........
dia : sbb HAPPINESS (hugssss) ;p

Pendek aje jawapan dia. Yela kot. Nak sedapkan hati. Wawawawawaaaaaaa.

Nak tau x saye suka tengok muka encik husby dulu. Tapi dulu gambar dia atas meja orang lain. Selalu jeling2. Hensem lah awak ni. Tapi pujian itu hanya dalam hati. Macam saye puji Aaron Aziz. Tapi x tau pulak yang gambar tu pun suka tengok saya. Awwwwww. Muah. Cerita kita, hanya kita yang tau. 

Thursday, October 20, 2011

Sayang Jiwa

Hollaaa! Sekarang ni sejuk je bile petang. Pagi panasnye bukan main. Dari last week nak kuakan entry ni ekceli. Biasala kan, ikut mood. Bila ade mood tu sampai 2,3 entry sekali bg. Hihihihi Ok, J-I-W-A, finally me bagi nama dia Jiwa. Ni bukan pengaruh drama Jiwa & Lara ye. Harap maklum. Me pilih Jiwa sebab 1st time tengok dia, 1 rasa sudah masuk dalam hati. Keinginan untuk dapatkan dia begitu membuak2. Amacam ayat me? Power x? Kahkahkah. Dengan muka penuh tanda tanya & mcm ckp "ambil la sayeeeee" ohhhhh cair lah tengok muka awak. Tengokla haiiii. Dah bertahun nak bela kucing. Tapi dulu doctor dah pesan, 'haram' kan kucing dekat rumah. Okla tapi tu few years ago la. Sekarang dah x tahan. Tak sabar sangat sampai google kot! Cari dekat mudah.com. Ade je pet shop tapi semua dihujung jari skg ni kan. Hehehehe.


"take me home pleaseeeee"



Oh btw, Jiwa sangatlah extra manja+mengada ngada. On the 1st day, belom tunjuk lagi. Me ingat dia ni mcm slowwwww. Sebab gemuk. Huh! Rupenye, aktif sangat. Nak2 lagi time malam. Me siapkan semua keperluan asas dia. Untuk dia, me dah niat, nak jaga betul2. Makan yang baik2. Tgk breed la kan. Persian Semiflat. Baru berapa hari dia tibetibe macam kene sakit mata. Macam teruk sangat. Sampai mata pon mcm nak tkeluar. X nak tunggu dah. Nangis2 call Encik Husby. Ktrg bawak pergi vet dekat Taman Merdeka, B. Berendam. Woah. So doctor said JIWA mungkin stress. Me terkejut. Eh kenapa stress. I bagi dia sangkar besar. Makanan premium. Toys etc. Heheheh. Dia pon pndai stress. Bukan kite aje. Jiwa sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Need extra attention kate Vet. Hamboii. Extra attention eh. Mak pon kurang attention tau x. Xde la sampai sakit mata. Hahahaha. Vet nak inject Jiwa sambil pujuk Jiwa. "Sayang Jiwa...Sayanggg Sayanggg Jiwa" (Bahasa Baku ok). Aku tahan gelak aje tengok dia pujuk. Memang sesuai la ko jadik Vet. For e 1st time, me tengok kucing mengadu. Me xtau tapi lepas kene injection, vet kate tengok die mengadu sakit. Seriously, me dapat rasa dia mengadu sakit. Haih. Sekarang mata dia dah nak baik. Nak bagi ubat syrup macam nak bagi racun. Kene kepit bagai. Kemain liat mcm budak kecik x mo makan ubat. Alhamdulillah, me terjumpa blog pasal kehidupan kucing. Banyak bagi info. Macam macam ade dekat sini. Baru seminggu dengan dia, me rasa me buat keputusan yang betul. Me bosan sorang2 kat rumah sementara tunggu my dearest balik. At least meriah sikit rumah. Hehehe.
Die suka main dengan rantai ni. Amik la Jiwaaaaa. Xkisah pon. Hehehe.

Ni la keje dia tiap2 malam.

Pssst, untuk Bff Hani, im sure lepas u usap Jiwa, u xkan dadali lagi. Hihihihi. Amacam Cik beby, Hensem x Jiwa? (:

Thursday, October 13, 2011

::Bakal Menantikan Kehadiran Si Comel::

Hi there ;p
Havva very wonderfull day yah!
Sudah berjaya menguatkan semangat jumpa dentist. Oh please, pastikan ini kali yang terakhir me jumpe dentist untuk cabut gigi. Me dr kecik x pernah cabut gigi sampai kene jumpe dentist. Semuanya gugur sendiri. Jadi bukan main gedebak gedebub jantung nk jumpe dentist. Bile tengok jarum bukan main panjang & siap mcm L lagi kan. Huwaaaa. Ok kene bius! Sakit! Harap maklum! Tipu la kate x sakit. Bile kene tunggu kat luar sekejap, badan mula menggigil. Giler lah! Ok me menangis ye. Sbb x tahan. Kalau dibius cinta xpe jugak.Wah wah wahhh dia punye piuh kepala kite nak cabut gigi tu bukan main ea. Mcm cabut ubi kayu bak kate kakak!
Atas yang xde kaitan pon dia cabut jugak. Adela sebab die kot. Anyway thanks to clinic Ng & Surgery Ayer Keroh. Mase cabut x sakit tapi lepas tu sakit la jugak.
Uhh ya, me bakal menantikan kehadiran si comel. Dah lama tggu tapi masih xde peluang tu. Now hati nekad. Bile dh bkenan terus bincang dgn my husby. He agree. Me proceed. Sangkar 2 tingkat. Me jahit tempat tidur dia. Carrier me dah beli. Sungguh x sabar for my semiflat male persian. Hahah! Excited kot. Toys and scratch mat bakal dibeli this saturday before kami ambil si comel itu. Bile tengok bilik belakang untuk dia, mesti tersenyum. Mcm nak sambut anak sendiri pulak. Kalaulah anak sendiri.........................................................