Thursday, February 17, 2011

::zon diet::

hi uols..
dgr saje dah nak ketawe tbahak2, kan? saya diet? mungkin ya mungkin tidak. kelakar2. honestly, saya mmg sedang elak nasi. tapi kan selalunya langgar. bila masa langgar? semestinya bila balik rumah mak. x pon tpandang lauklauk yg x kan boleh excuse punye kat tekak ni. nasi mcm hantu kan? suka kacau kita. suka dekat2 dengan kita. hehehe. i try my best untuk shed some kilos. wah kilos tuuu. more than 1kg? oh my. adakah ini mimpi di siang hari? kalau x boleh pon maintain aje da cukup kot? chubby tu ok whut. hati senang kan. hahaha. anyway, td saje google info pasal bakal pengantin. saya ambil ni dari pesona pengantin. contoh makanan yang perlu dijadikan sahabat ketika berdiet. (berdiet kah aku?)

Putih telur
Makanlah putih telur kerana ia dapat meningkatkan metabolisme badan anda. pabila metabolisme meningkat, tubuh akan bekerja keras untuk memecahkan lemak. Kemudian, asid amino yang terkandung dalam putih telur dapat membina otot tubuh. Di hari persandingan nanti, pasti si dia tersenyum lebar apabila melihat anda langsing persis model.
Keju
Jangan takut untuk makan keju tapi berpada-padalah. Jangan sampai diari diet anda musnah kerana keju. Protein yang terdapat dalam keju boleh membantu keberkesanan diari diet anda.
Oat
Walaupun oat tidak digemari kerana rasanya, namun khasiatnya sudah diketahui umum. Oat merupakan menu wajib untuk bakal pengantin yang sedang berdiet. Oat tidak mempunyai gula tambahan dan mampu melancarkan peredaran darah. Aliran darah yang lancar boleh menghilangkan rasa takut dan gusar anda tentang persiapan hari bahagia yang bakal tiba.
Ubi kentang manis
Ubi kentang biasa lebih tinggi kandungan gulanya daripada ubi kentang manis. Sebiji ubi kentang yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori sahaja. Namun, jika anda mahu jadikannya sebagai masakan, ubi kentang ini harus dibakar atau dipanggang dan bukan digoreng. Jika digoreng, ubi kentang akan menyerap minyak dengan banyak.
Lobak merah
Lobak merah bukan sahaja boleh menyihatkan mata tapi boleh dijadikan pilihan untuk membantu diet anda. Lobak merah mengandungi kalori yang sangat rendah kerana ia kaya dengan serat dan ini elok penghadaman anda. Semua makanan yang masuk nanti mudah sahaja dikeluarkan jika kerap memakan lobak merah.
Tauhu
Soya merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam tauhu. Tauhu hanya mengandungi kira-kira 50 kalori sahaja dalam setiap tiga auns. Jadi, tauhu sangat sesuai dijadikan snek sihat anda. Apa kata anda cuba jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam masakan seperti dimasak sup ataupun dibakar.
Coklat panas
Sedapnya coklat panas! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama-sama dengan biskut. Tidak salah untuk anda minum coklat panas. Namun, pilihlah yang rendah lemak atau kurang manis. Campuran koko di dalam secawan coklat panas itu mampu memberikan anda kekenyangan. Sesuai diminum pada waktu anda bersarapan. Secawan coklat panas tanpa lemak hanya mempunyai kira-kira 50 kalori sahaja. Jadi jangan kuburkan minuman kegemaran anda semata-mata untuk berdiet di hari persandingan!
Teh herba
Teh herba bukan sahaja mampu menenangkan minda, malah boleh membantu anda tampil langsing pada hari persandingan. Secawan teh herba pada waktu minum petang boleh meredakan ketegangan dan dapat membantu menghindarkan diri anda daripada mengambil makanan yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda gemar makan ketika menghadapi ketegangan.
Yogurt rendah lemak
Yogurt semestinya pilihan yang terbaik bagi anda yang sedang berdiet. Namun, sebelum membeli yogurt kegemaran anda itu, pastikan ia rendak lemak. Anda boleh makan yogurt begitu sahaja sebagai snek atau jadikannya sebagai bahan tambahan di dalam sandwich atau salad bagi menggantikan mayonis.
Jus lemon atau limau nipis
Secara psikologinya, haruman sitrus lemon atau limau nipis akan membuatkan kamu terasa lebih segar untuk menikmati makanan yang lebih segar dan berkhasiat. Minum jus lemon atau limau nipis suam selepas makan mampu membantu anda membuang lemak di bahagian perut. Pasti perut yang buncit dan menggeleber kelihatan nipis pada hari persandingan nanti.

No comments:

Post a Comment