Tuesday, February 22, 2011

Doa Buat Bakal Pengantin..

Assalamualaikum kawankawannnn (teringat si budak raiyan). Hari ni me terpanggil untuk berkongsi beberapa doa yang selalunya boleh uols letak dalam kad jemputan. lepas solat pon boleh amalkan ape. kan? doa yang sangat cantik untuk uols..

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati, jagalah hatiku agar tidak berpaling dari hati-Mu
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Allah,
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah bersatu salam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu,kukuhkanlah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalan-jalannya,penuhilah hati kami ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar,Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu..
*
*
Ya Allah,
Limpahkan kepada kami
Cinta yang menjadi pengikat rindu antara Rasulullah SAW dan Khadijah..
Yang Engkau jadikan mata air kasih sayang antara Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra..
Ya Allah,
Andai hal itu layak bagi kami, maka cukuplah doa kami dengan Redha Mu..
Untuk jadikan kami sebagai suami isteri yang saling mencintai dikala dekat..
Saling menjaga kehormatan dikala jauh..
Saling mengingatkan dikala senang..
Saling menyempurnakan dalam ibadah..
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada Mu dan bukti cinta kami kepada Sunnah Rasul Mu..
Amiin Ya Rabbal Alamiin..
*
*
Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua dan
semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka,
menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai..
*
*
Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya
dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah SWT menatap mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka

Monday, February 21, 2011

otak tidak stabil? :/

Apakah? oooooo tidak. hmm. sebenarnya me sendiri x tau ape yang difikirkan smpai jadik mcm ni. bulan ni aje dah 2x jadik. oh sangat serius bunyiknye. me cuba untuk abaikan ape yang da jadik. tapi xleh. redha ajela kan. x pernah seumur hidup dalam sebulan jadik mcmni smpai 2x. itu sbb blog title nye pon OTAK TIDAK STABIL? ataupon TIDAK BERADA PADA PAKSI ATAU RIGID YANG BETUL. betul ke pggunaan RIGID itu? suddenly me tlintas pkataan itu.
Adakah cik aini sedang berangan? atau cik aini sedang memikirkan sesuatu sehingga jadi begini? atau mungkin disebabkan mr. fiance yang dah x mcm dulu sbb dia sdg demam? rasanya jawapan dia = SEMUA YANG DI ATAS. hmm. kali pertama, guess wht, me nangis sungguh2. tp bile masuk kali kedua, dalam hati 'wehh ape ko dah buat ni'..hahahahahahaha. kejadian pertama....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


-kendur urat saraf tgk ko!-

Sungguh x dapat diterima akal. kau boleyh blubang disaat baru kali pertama aku nak pakai! ok fine. me salah. bukan baju yang salah. seriously, iron tu rasanya mcm x panas lg sbb baru on. kene je kat baju terus.................................erk. tgk bontot iron tu, cair my two tones chiffon. mahal kot aini oiiii. me beli ni sekali mase beli kain untuk nikah. ntah kenape ek mcm sengal sgt. selalu pndai iron tbalikkan baju or alas. tp tu la kan. me nangis. hantar mms kat mak. mak tnya camane leh jadik mcmtuuu. mak kate nnt pendekkan buat baju kurung kedah! hah! ye kan aje la. dari buang. seb bek kain elok n sesuai. hahahaha. baju ni da lama siap. tp x pakai2 sbb nak tunggu soooon dia mari. bila feeling2 tu da mari skali nak iron blobang. dang! me bukan nak dedahkan yg me x pndai iron. come on la! iron baju sendiri dari kecit kot. tp tu la..tu la! tu la!
Yang ni kejadian lak kejadian 30 minit yg lepas. tp bukan sbb iron weh. sbb gunting. nak buang lining baju kain saree tu kononnye. sekali gunting dengan yg luar skali. aini! ko gunting kain luar la! hahahaha lantak la. x moh pk. me lipat n dushhhh masuk lam paperbag n nak simpan kat uma mak. heeee. nak ngs ni. haaahaaa chilllllllllllll babe! sesungguhnya kondisi aku tidak stabil. mr. fiance? ntah mane. tidola kot. nite all. sleep tight. *sigh*


-xde maknenye nak jahit balik. obvious kot!-

Thursday, February 17, 2011

::zon diet::

hi uols..
dgr saje dah nak ketawe tbahak2, kan? saya diet? mungkin ya mungkin tidak. kelakar2. honestly, saya mmg sedang elak nasi. tapi kan selalunya langgar. bila masa langgar? semestinya bila balik rumah mak. x pon tpandang lauklauk yg x kan boleh excuse punye kat tekak ni. nasi mcm hantu kan? suka kacau kita. suka dekat2 dengan kita. hehehe. i try my best untuk shed some kilos. wah kilos tuuu. more than 1kg? oh my. adakah ini mimpi di siang hari? kalau x boleh pon maintain aje da cukup kot? chubby tu ok whut. hati senang kan. hahaha. anyway, td saje google info pasal bakal pengantin. saya ambil ni dari pesona pengantin. contoh makanan yang perlu dijadikan sahabat ketika berdiet. (berdiet kah aku?)

Putih telur
Makanlah putih telur kerana ia dapat meningkatkan metabolisme badan anda. pabila metabolisme meningkat, tubuh akan bekerja keras untuk memecahkan lemak. Kemudian, asid amino yang terkandung dalam putih telur dapat membina otot tubuh. Di hari persandingan nanti, pasti si dia tersenyum lebar apabila melihat anda langsing persis model.
Keju
Jangan takut untuk makan keju tapi berpada-padalah. Jangan sampai diari diet anda musnah kerana keju. Protein yang terdapat dalam keju boleh membantu keberkesanan diari diet anda.
Oat
Walaupun oat tidak digemari kerana rasanya, namun khasiatnya sudah diketahui umum. Oat merupakan menu wajib untuk bakal pengantin yang sedang berdiet. Oat tidak mempunyai gula tambahan dan mampu melancarkan peredaran darah. Aliran darah yang lancar boleh menghilangkan rasa takut dan gusar anda tentang persiapan hari bahagia yang bakal tiba.
Ubi kentang manis
Ubi kentang biasa lebih tinggi kandungan gulanya daripada ubi kentang manis. Sebiji ubi kentang yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori sahaja. Namun, jika anda mahu jadikannya sebagai masakan, ubi kentang ini harus dibakar atau dipanggang dan bukan digoreng. Jika digoreng, ubi kentang akan menyerap minyak dengan banyak.
Lobak merah
Lobak merah bukan sahaja boleh menyihatkan mata tapi boleh dijadikan pilihan untuk membantu diet anda. Lobak merah mengandungi kalori yang sangat rendah kerana ia kaya dengan serat dan ini elok penghadaman anda. Semua makanan yang masuk nanti mudah sahaja dikeluarkan jika kerap memakan lobak merah.
Tauhu
Soya merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam tauhu. Tauhu hanya mengandungi kira-kira 50 kalori sahaja dalam setiap tiga auns. Jadi, tauhu sangat sesuai dijadikan snek sihat anda. Apa kata anda cuba jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam masakan seperti dimasak sup ataupun dibakar.
Coklat panas
Sedapnya coklat panas! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama-sama dengan biskut. Tidak salah untuk anda minum coklat panas. Namun, pilihlah yang rendah lemak atau kurang manis. Campuran koko di dalam secawan coklat panas itu mampu memberikan anda kekenyangan. Sesuai diminum pada waktu anda bersarapan. Secawan coklat panas tanpa lemak hanya mempunyai kira-kira 50 kalori sahaja. Jadi jangan kuburkan minuman kegemaran anda semata-mata untuk berdiet di hari persandingan!
Teh herba
Teh herba bukan sahaja mampu menenangkan minda, malah boleh membantu anda tampil langsing pada hari persandingan. Secawan teh herba pada waktu minum petang boleh meredakan ketegangan dan dapat membantu menghindarkan diri anda daripada mengambil makanan yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda gemar makan ketika menghadapi ketegangan.
Yogurt rendah lemak
Yogurt semestinya pilihan yang terbaik bagi anda yang sedang berdiet. Namun, sebelum membeli yogurt kegemaran anda itu, pastikan ia rendak lemak. Anda boleh makan yogurt begitu sahaja sebagai snek atau jadikannya sebagai bahan tambahan di dalam sandwich atau salad bagi menggantikan mayonis.
Jus lemon atau limau nipis
Secara psikologinya, haruman sitrus lemon atau limau nipis akan membuatkan kamu terasa lebih segar untuk menikmati makanan yang lebih segar dan berkhasiat. Minum jus lemon atau limau nipis suam selepas makan mampu membantu anda membuang lemak di bahagian perut. Pasti perut yang buncit dan menggeleber kelihatan nipis pada hari persandingan nanti.

hahahihihuhu

Holla ;)

To-do-list (Done)
-HIV Test.
-Test Baju Sanding (tp mau cuba lagi yang lain).
-Kursus Kawin da setel. Alhamdulillah. Lebih best bile pegi dengan si sayang-sayang.
-bu dah amik borang nikah side dia.
-doorgifts hampir siap. nasib mak ade tlg sikit.
*masa berlalu sgt pantas*

Monday, January 31, 2011

Fully utilized!

28-29hb mmg sungguh penuh dgn mcm2 aktiviti. Yang paling penat+tensi = mencari kasut kawin. Mane x nye kan. Da nampak yang berkenan, size xde. Jumpe yang cantik, x sedap pakai pulak! Gile ko x tension! Paling x suke carik kasot! Paling kesian kat my hazman sbb tpakse jadi penasihat ke sane sini dengan saye. Hee, love u sayang. Last2 beli kat summit DP.
Sabtu pagi actually ktrg isytihar perang. Biaselah. Pause here and there sumtimes. B4 gerak ke wedding ctot, me singgah secret amik kek untuk hani n azam. Saje beby n me nak wat suprais untuk cik hani. Eventhough hani bukan suka sgt pon kek. Tapi we all just nak happy2 celeb bday hani n her bakal tunang (en. Azam).
After that kami konvoi 3 kereta ke rumah ctot. Best sbb x penah berkonvoi dengan psgn masing2. This is our 1st time ala2 triple date gitu. Sampai je pegi salam pengantin. Tahniah ctot. Pose sane. Pose sini. Yang cik abangs pegi makan dulu. So sweet~
After makan, tunggu cik intan dgn iqmal. Ktrg gelak x ingat dunia. Ntah apela dalam hati encikencik tu kan. Agaknye dalam hati dorg "haiii ntah bile la nak gerak ni". Sorry ye encikencik sekalian, kami kalau jumpe mmg byk benda nak lepaskan. Heeee. Balik masing2 dgn arah yang blainan. So me ngn hazman ke MP n DP.
Actually kan, mase masok Carlorino MP yang baru tu, rase sgt rambang mata. nak carik kasot tp tengok handbag. Mcmane tuh! Mate tergoda dgn purse CR yang sgt simple n cantekkk. So saje gatal tnye amoi tu. Die pon kate ade less bagai. Tp still mahal. Tak boleh! Kasot x beli lagik. My sayang kate, cantik. Tp hasotan die x bjaya! Terus tarik tgn die keluar dr butik itu. Arghhh! Heeehee. Last kami ke Himalaya, since i mmg nak try pil lawas Himalaya. Encik hazman mungkin bosan dgr amoi tu explain pjg lebar. Die nak g toilet so i kate "ha, pegi la, pie lame kat sini". Tunggu die balik dr toilet me pon da jmpe brg so kami keluar. Nak jumpe tailor kat bukit katil lepas ni.
Setel sume dia hantar saye balik and abah ajak dia makan dulu b4 balik. So tgh borak2 me tgk dalam paperbag kasot ade 1 lagik paperbag kecik kaler pink. Me tarik keluar n eh..CR punye paperbag! Woow. Me pandang dia, dia toleh tempat lain. Hmm! dia belikan purse comel tu! Me mcm..errr! Patutla dalam kereta all the way balik rumah dia tnya2, pie suke suprise x. Ehh sume org suke kot! Tqsomuch to encik hazman. Pandai die cover pegi toilet la konon! Anyway, pie mmg suke suprise. ilysm!
*Hazman sayang, tq untuk gift secomel ini*

Tuesday, January 25, 2011

Kosong-Kosong-Dan-Kosong

Ape yang kosongnye ni cik aini oiiiii. Hm, saya rase sgt lost! mcm ntah la ea. Ok line maxis saye barred! Boleh agak kan ape yang membuatkan ia kosong-kosong-dan-kosong? Rutin harian saye di sini (kalau x balik rumah family) g keje pagi sms 'imissu' same jgk mcm dia. Tghari zohor sms/call tnye da mkn ke blum+imissu. Balik kerja, mandi/Asar/Bike/Dinner. 6.15-6.30 saye akan tunggu die sms/call 'bu da kua nak balik ni/da smpai umah'. Biar die rest/Asar, sms smpai ke mgrib mengadu ape2 yang patut. Baik saye atau die akan mengadu itu ini. Mlm after solat/ngaji kami akan sms-sms-sms. Die da setel makan bagai baru gayut. Sampai la +- 10.30 mcm tu saye akan tidoooooo. Mcmtu life saye dan die. Dah biase tiap2 hari mcmtu kecuali kalau weekends/kami dating. Kalau kene barred sekalipon x smpai 3-4 jam. Tapi kali ni sehari tuuu. Mmg terase sangatsangat. Naseb baik hari ni pay day. Boleh transfer kat die duit bil mintak die pegi bayar. Yang lepas die dah bayar, kali ni biar saye pulak. Jiwa saye kosong. Pulak tu tgh x 'bersih', paham2la kan. Banyak suara2 setan! Hish. Saye tahu saye x boleh kehilangan die. Tp semalam saye betul2 terasa yang saye memang x boleh tanpa die. Siap feeling2 da xtau nak watpe layan la B.O.F. Tgk Jun Pyo terbayang Hazman. Ehh~
Hahahahahhaha. Almost 3weeks x jumpa die. Jadi rindu terlebih. :)



Monday, January 17, 2011

serabut lintang pukang

hola there ;)
Lame sudah tinggalkan dunia blog. byk je benda nak tulis tp x tau yang mana 1. sampaikan last2 1 hapah pon tarak. well, sebagai bride2be, mostly tajuk blog nye bkenaan dengan preparations untuk big day. so boleh agak kan yang serabut itu yang lintang pukang itu semuanya berkaitan dengan majlis saye. Mcm2 kene fikir. Kenape kene fikir sgt? Sebab kalau x saye, sape lagi yang nak fikir kan? Lu pk la senri kan. Sekarang tidur dah mula x lena. B4 lelap ingat itu, tengah keje ingat ini. Arghhhh. Si dia dengan masalah lain. Sampai rasa mcm x nak teruskan. Boley? Hmm. Ape yang saye tau saye setelkan ape yang perlu saye setel :) Ini 28-29th Jan punye agenda :-
  • My Friend's wed
  • Tempah Baju Nikah
  • Hantar gubahan hantaran (saye teringin buat senri special untuk dia tp saye xde seni)
  • Pergi jumpe fie (eqasih andaman) untuk 2nd session + harus bawak extra $$$
  • Carik bantal purple yang comel

On Feb, will go for HIV Test. Semestinya akan cuti. Since 12&13th ade Kursus Kawin with si dia and bffs, cuti HIVtest jumaat lah senang. Sekarang tengah mengerah tenaga si dia untuk buat map ktrg. heee;) x kuasa haku nak mengadap map2 bagai. biar dia buat. Kalau x dia xde keje. Mentang2 on his side guna wed. planner. Senangkan. X payah susah2 fikir itu ini. Haaa, awak harung la mase nak nikah nnt! Padan muke! Jangan nak buat muke kesian ok. huh! Sekian.