Tuesday, March 20, 2012

Gagal lagi..

KPM tak luluskan pertukaran untuk kali yg ke berapa ntah. Sms husby takut2 sebab dia yang nak sangat suruh me mintak tukar. Bile dia call, dia pujuk. Dia tenangkan hati buat me lagi nangis. Belum rezeki. Doa slalu supaya lembutkan hati panel2 BPSM KPM., tapi mungkin ada hikmah. 

Tak ape lah. Apepun semalam hati gembira bile gatal pergi klinik semata2 nak tanya normal ke sakit belakang. Padahal me baru 22weeks. Doc said semua tu normal. Tunggu sikit masa lagi kaki pulak bengkak katanya. Takpelah, harungi sahaja untuk si dia. Lepastu tanya lagi, "saya kan malam2 sekarang ni asyik terjaga je. Nak tido susah pulak tu. Rasa dekat bahagian ari ari ni macam ada org buat bubble dari dalam. Kadang2 terkejut". Doc boleh cakap ibu dia ni x sensitif langsung??? Baby gerak pon tak tau. Eh mcm kite ni dah pernah mengandung pulak. Ni kan 1st time mane la kenal sangat. Bile scan and baby bergerak, at the same time me rasa, barulah tau tu gerakan dia. Well, doc tengok kepala dia normal dah ada garis pmbahagi (betul ke x term ni) kalau x de bentuk Arrow -----> kene la jumpa pakar. Alhamdulillah. Bibir pun penuh. Tulang ok. Takpe sayang, bile kenangkan semua ok pada si kecil, sedih x dapat tukar pon boleh hilang. Belum rezeki kita kan.


Wednesday, February 29, 2012

..aku terima nikahnya, buat si Hani.

As-Salam semua. Sihat? Jangan sakit sakit ok. Kalau sakit kene cepat jumpa doctor tau. Nak ber-blog tapi xde topic yang menariks la uols. Tapi hari ni, nak kongsi kegembiraan bila sorang lagi BFF saya dari sekolah Rohani Binti Shukor bakal dinikahkan dengan Amirul Azam. Alhamdulillah, masa ni tiba juga. Yang pasti iols yang bukak jalan dulu yek. Pastu BFF Beby sayang akhirnya disatukan dengan MR. DZ (juga punya cerita menarikss antara mereka berdua). Dan pada tanggal 02.03.2012 Hani pulak nk jadik bini org dah! Sangat gembira. Tak terhingga sampai rasa nak nangis. Sedih jugak at the same time. Kenapa mesti sedih? Bukan ke ini perkara yang baik? Entah. Tak tau nak explain camane. Agaknye mcm ni jugak la perasaan mereka berdua ketika saya nak menikah dulu. Perasaan saya buat mereka memang kuat. Imbas sikit kenangan mesti rasa syahdu. Amboi kemain lagi. Tapi juga takkan sama dengan imbasan zaman lampau dengan suami tersayang. Lagi banyak cerita terkandung di dalamnya. Beby punya cerita sendiri. Kelakar. Sama juga dengan Hani, punya cerita sendiri. Sampai last2 semua kahwin. *Senyum-sendiri*

Buat Hani ku, Selamat menjadi isteri kepada Encik AA. Doa yang terbaik sahaja buat mu. Semoga uols bahagia dunia dan akhirat. Sama sama jumpa di Syurga. Tabah menjadi isteri ye sayang. Banyak dugaan yang kita kene tempuh.(Ok fine aku tgh nangis!) Kalau ada masalah sila lah rujuk pakar (Puan Nur Aini / Puan Shamsiah). Mereka sahaja yang boleh bg lu idea2 bernas. Buah fikiran yang terlampau advance. Hahahaha. Ingat, persetankan cakap orang. Hanya kita yang tau keadaan sebenar. Kita carik makan sendiri. Bukan mintak beras orang. Ntah ntah beras kita lagi mahal dr dorang. Heheheheh. Akhirnya kita bertiga selamat jadik isteri orang. 

::AINI-SHAM-HANI BFF::

Ini dia Bakal Perantinnnn. Hani ku
BFF Beby on her Big Day. Gorgeous sangat!
And me! Pembuka Jalan. Ahaks. I love U all!

Wednesday, January 18, 2012

Baru Nak Honeymoon?

Holla! 
Huh. Asal tangan gua gatal aje nih! Tangan kanan lak tu. Mungkin nak bagi pelempang kat orang? Ade je muka muka wanted lam list wa yang sikit lagi kene pelempang dengan wa. Huwahhh! Kemain garang ko? Hihi saje saje buat garang. Aiyyo malam tadi ade 6 orang perompak sudah membuat onar di sini. Takot wo. Seb bek Kel rompak umah Kel. Siap parang n helmet. Ahh sudah! Sini sudah tidak selamat. Polis sini pon macam takut n x buat keje. Whatever! Nak pindah umahhhhhhh!!!!! 
 Hokkay. Husby nak ajak p rehat-rehatkan badan yaw. Bukan main lagi macam keje wa membanting tulang pulak kan. Oh anyway Alhamdulillah. Tapi ni wa consider sebagai PRE HONEYMOON. Yang real punya kene p Pulau Idaman Hati. Tak kira. Untunglaaa baby! Merasa mase lam perot ibu! Hehehe. Location? Ah persetankan semua itu. Ceh. Sorry wa x tau mana Encik Husby mau bawak. Walaupon dalam melaka sekalipon wa AMAT BERSYUKUR. Ngeh. Actually kalau dalam melaka wa prefer nak stay kat A Famosa Resort & Hotel. Dengo cite BFF Beby cam syok je siap pakej bagai. 
Actually Honeymoon ni bile bile pon boleh. X semestinya WAJIB lepas sanding bagai. Tapi seeloknye la untuk merehatkan urat saraf n mental yang dah serabut sepanjang ko nak uruskan persiapan sume tu. Weh penat kot jadik perantin. Tapi kalau x boleh pon dalam rumah boleh honeymoon jugak tau! Lagi syiokkk. Wakakakakaka nak sedapkan hati.

masa scan baby kick perut ibu. ok fine. eheee. nampak besar tapi actual size only 5.9cm yaw. ok babah sudah meleleh airmata kat sebelah mase ni. love u baby. Alhamdulillah.



Wednesday, January 11, 2012

ohhh Band Boy

Holalolitaaaa!
*pilih dik mana satu awak bkenan* muachh!
Haih sudah berminggu minggu asek dengar balik lagu BSB! Euwwww! Mungkin budak ni suka dengar. Mungkin ye! Jangan dah beso jadi cm BSB & Nsync ok. Terkinja kinja. Hahahahaha. Selalu repeat Shape of my heart-Drowning-Helpless when she smiles-Incomplete & This i promise u. Pasni cakap omputih jela dengan dia uols. Heee. 
*mungkin dalam ni baby girl kot. suka tengok/dengar suara macho diorg. hihihi*
 Sekarang betul2 tengah x tahan gatal. Kulit kering dekat abdomen. Sumpah x tahan. Nak nak memalam. Keje menggaru ajela! Ruam. Merah2 toksah cakap. Dah mcm miang keladi! Pakai la ape pon tetap x jalan. Ko buang ajela cocoa butter + baby oil + bio oil lam tong sampah. Kikiki.

Friday, December 30, 2011

Ini kah namanya mengidam?

Salam.
Pagi petang siang malam ingatkan dia. Eeeish sedapnye kalau dapat makan. Pegi kerja balik kerja teringat je dia. Asek la terbayang bayang rupa, bau dan rasa nikmat bile masuk dalam mulut. Ini la agaknya mengidam. Agaknye la. Dulu dulu ade je mcm ni tapi xde la smpai 24jam asek ingat n nak. Dari last week teragak nak makan tapi tak terkeluar dr mulut. Sedapnye ikan keli salai masak lemak kedai Pak Bakar. Nasib baik bukan jauh tempatnye. Jasin je. Bile x tahan mulut terlepas cakap pada encik sayang. Oh tengahari dia keluar cepat terus balik jasin n tapaukan lauk yang menjadi idaman kalbu sejak akhir akhir ini. Eee sedap sedap sedapppp! OTW balik rumah encik sayang sudah sampai. Sepanjang jalan dah terbayang bayang. Wekkkk! Bkompol air liur! Masuk rumah senyum lebar. Alhamdulillah rezeki. Terima Kasih buat ENCIK SAYANG. Nak amik gambar tapi x sempat laaaa. Kalau la uols boleh bau lauk tu sure uols terbang sampai umah iols. Alhamdulillah rezeki Allah SWT.

*apelah yang BFF saya tengah buat sekarang. Rindunye. Kalau kita blakon dalam 3 idiots, wa jadi rancho ok. Ani jadi farhan. and beby jadi raju. Cun! Hahahahhaa. Jangan Marah. Lovesssss*

Wednesday, December 14, 2011

Weak::Wekk::Weak::Wekkkkkk!

Holla Darlings!
Oh, macamane mau cakap eh. Badan sekarang betul2 lemah la. Manjang je xde mood nak buat ape2. Termasuklah berjalan sana sini. Kecuali terpaksa. Tak suka sangat. Tapi terpakse lah hadap je kan. Makan memilih bukan main sekarang ni. Nak masak sendiri jangan haraplah. Memang x boleh masuk punye. Makan orang lain masak kemain bselera. Kuatnya tido sekarang ni. Tido petang pulak tu. Jarang beno tido siang! Ingatkan malam susah nk lelap bile tido siang. Eh lena jugak weii. Bab muntah muntah yang x tahan tu. Sampai merah merah mata & muka. Untunglah ada yang x muntah muntah masa preggy. Ada langsung xkene Morning Sickness. Tapi pengalaman itu cukup indah. Suka. Tiap2 hari mesti muntah punyelah. Tak pernah2 humur muntah tetiap ari. Cuma harap x berpanjangan lah. Kang meneran mase muntah takut je tkeluar ke kan. Duduk dalam tu diam diam sayang. Kita kene kerjasama. Ahaksss.
Nasib x macam ni. Tapi saya kene bpaut kat sinki pulak. Rasa mcm nak letak kerusi je kat dlm toilet tu. :(

Tuesday, December 6, 2011

Tak Terkata, Hanya ALHAMDULILLAH..

Salam. Tak pernah dapat MC lebih dari sehari tau. Kali ni MC lebih panjang. Badan panas x mau kebah. Letak towel je kering. Macam magic yaaw. Mak letak asam jawa. Wah mcm rupa orang pantang pulak calit2 kat dahi. Sayang emak. Sayang banyak2~
Mcmane boleh demam panas ni. Oh ini namanya nk sesuaikan badan dgn yg ada kat dalam tuuuu. Lil' Tiny. Patutla senak je perut lately. Senak sangat2. Takutlah apa2 kan. Tu yang Encik Sayang bawak pegi klinik. Bila scan, eh, dah ada kantung la. Dah ada ni kata doc. Ada ape?! Dah 5weeks+. Alhamdulillah. Itu je boleh keluar dari mulut ni. Oh saya sekarang bukan lagi morning sickness. Ni dah jadik ALL DAY SICKNESS. Tak ada selera langsung. Makan pon sikit aje. Apa aje yang masuk sure keluar balik. Jangan merungut sebab tu normal kan. Nak muntah, muntah la kan. Badan punya penat toksah cakap la. Eh malas bukan main tau. Rasa nak tido je sepanjang masa. I hate make ups. Pegi keje kalau boleh xnak tepek apa2! Tak boleh nak bayangkan ayam! Now mmg x boleh makan ayam. Memang muntah punye. Semoga me kuat! Semoga kandungan ini sihat dan kuat. Amiiiin Ya Rabbal 'Alaminnnn.
Kecik je kan kantung dia. Macam nak nangis tengok. Alhamdulillah Ya Allah.