Wednesday, January 11, 2012

ohhh Band Boy

Holalolitaaaa!
*pilih dik mana satu awak bkenan* muachh!
Haih sudah berminggu minggu asek dengar balik lagu BSB! Euwwww! Mungkin budak ni suka dengar. Mungkin ye! Jangan dah beso jadi cm BSB & Nsync ok. Terkinja kinja. Hahahahaha. Selalu repeat Shape of my heart-Drowning-Helpless when she smiles-Incomplete & This i promise u. Pasni cakap omputih jela dengan dia uols. Heee. 
*mungkin dalam ni baby girl kot. suka tengok/dengar suara macho diorg. hihihi*
 Sekarang betul2 tengah x tahan gatal. Kulit kering dekat abdomen. Sumpah x tahan. Nak nak memalam. Keje menggaru ajela! Ruam. Merah2 toksah cakap. Dah mcm miang keladi! Pakai la ape pon tetap x jalan. Ko buang ajela cocoa butter + baby oil + bio oil lam tong sampah. Kikiki.

Friday, December 30, 2011

Ini kah namanya mengidam?

Salam.
Pagi petang siang malam ingatkan dia. Eeeish sedapnye kalau dapat makan. Pegi kerja balik kerja teringat je dia. Asek la terbayang bayang rupa, bau dan rasa nikmat bile masuk dalam mulut. Ini la agaknya mengidam. Agaknye la. Dulu dulu ade je mcm ni tapi xde la smpai 24jam asek ingat n nak. Dari last week teragak nak makan tapi tak terkeluar dr mulut. Sedapnye ikan keli salai masak lemak kedai Pak Bakar. Nasib baik bukan jauh tempatnye. Jasin je. Bile x tahan mulut terlepas cakap pada encik sayang. Oh tengahari dia keluar cepat terus balik jasin n tapaukan lauk yang menjadi idaman kalbu sejak akhir akhir ini. Eee sedap sedap sedapppp! OTW balik rumah encik sayang sudah sampai. Sepanjang jalan dah terbayang bayang. Wekkkk! Bkompol air liur! Masuk rumah senyum lebar. Alhamdulillah rezeki. Terima Kasih buat ENCIK SAYANG. Nak amik gambar tapi x sempat laaaa. Kalau la uols boleh bau lauk tu sure uols terbang sampai umah iols. Alhamdulillah rezeki Allah SWT.

*apelah yang BFF saya tengah buat sekarang. Rindunye. Kalau kita blakon dalam 3 idiots, wa jadi rancho ok. Ani jadi farhan. and beby jadi raju. Cun! Hahahahhaa. Jangan Marah. Lovesssss*

Wednesday, December 14, 2011

Weak::Wekk::Weak::Wekkkkkk!

Holla Darlings!
Oh, macamane mau cakap eh. Badan sekarang betul2 lemah la. Manjang je xde mood nak buat ape2. Termasuklah berjalan sana sini. Kecuali terpaksa. Tak suka sangat. Tapi terpakse lah hadap je kan. Makan memilih bukan main sekarang ni. Nak masak sendiri jangan haraplah. Memang x boleh masuk punye. Makan orang lain masak kemain bselera. Kuatnya tido sekarang ni. Tido petang pulak tu. Jarang beno tido siang! Ingatkan malam susah nk lelap bile tido siang. Eh lena jugak weii. Bab muntah muntah yang x tahan tu. Sampai merah merah mata & muka. Untunglah ada yang x muntah muntah masa preggy. Ada langsung xkene Morning Sickness. Tapi pengalaman itu cukup indah. Suka. Tiap2 hari mesti muntah punyelah. Tak pernah2 humur muntah tetiap ari. Cuma harap x berpanjangan lah. Kang meneran mase muntah takut je tkeluar ke kan. Duduk dalam tu diam diam sayang. Kita kene kerjasama. Ahaksss.
Nasib x macam ni. Tapi saya kene bpaut kat sinki pulak. Rasa mcm nak letak kerusi je kat dlm toilet tu. :(

Tuesday, December 6, 2011

Tak Terkata, Hanya ALHAMDULILLAH..

Salam. Tak pernah dapat MC lebih dari sehari tau. Kali ni MC lebih panjang. Badan panas x mau kebah. Letak towel je kering. Macam magic yaaw. Mak letak asam jawa. Wah mcm rupa orang pantang pulak calit2 kat dahi. Sayang emak. Sayang banyak2~
Mcmane boleh demam panas ni. Oh ini namanya nk sesuaikan badan dgn yg ada kat dalam tuuuu. Lil' Tiny. Patutla senak je perut lately. Senak sangat2. Takutlah apa2 kan. Tu yang Encik Sayang bawak pegi klinik. Bila scan, eh, dah ada kantung la. Dah ada ni kata doc. Ada ape?! Dah 5weeks+. Alhamdulillah. Itu je boleh keluar dari mulut ni. Oh saya sekarang bukan lagi morning sickness. Ni dah jadik ALL DAY SICKNESS. Tak ada selera langsung. Makan pon sikit aje. Apa aje yang masuk sure keluar balik. Jangan merungut sebab tu normal kan. Nak muntah, muntah la kan. Badan punya penat toksah cakap la. Eh malas bukan main tau. Rasa nak tido je sepanjang masa. I hate make ups. Pegi keje kalau boleh xnak tepek apa2! Tak boleh nak bayangkan ayam! Now mmg x boleh makan ayam. Memang muntah punye. Semoga me kuat! Semoga kandungan ini sihat dan kuat. Amiiiin Ya Rabbal 'Alaminnnn.
Kecik je kan kantung dia. Macam nak nangis tengok. Alhamdulillah Ya Allah.

Friday, November 18, 2011

Memiliki dan Dimiliki

Esok merupakan hari bahagia buat kekasih hati saya Shamsiah Lal Muhammad. Sekejap betul masa berlalu. Dulu saya yang sibuk uruskan hal perkahwinan saya pada May 2011. Kini Nov 2011 giliran bff yang sorang nih. Lepastu x lama je giliran kekasih hati saya yg lagi sorang Rohani Shukor pulaks Insyaallah on March 2012. Kami kawan sejak sekolah melekat bertiga bile habis zaman sekolah. Masing masing sambung belajar dekat uitm. Walaupon uitm yang berbeza. Still sama kan. Jodoh kata orang. Hihi tak dapat dipisahkan. Memang kami jarang jumpa. Tapi tetap dalam hati dan ingatan. Masing masing dengan cerita yang berbeza. Unik. Dan memang x sangka kahwin pon kira dekat dekat. Xde la beza sampai bertahun baru sorang lagi kahwin kan ;)
Macam macam kisah sedih dan gembira kami kongsi bersama. Bukan yang lain x special tapi yang dua orang ni extra special. Eventho saya kini dah bergelar isteri orang tapi masih lagi memerlukan idea dan nasihat mereka. Walaupon sekadar meluahkan dan seorang lagi mendengar. Bukan semua kita boleh kongsi dengan pasangan. Saya sentiasa berdoa agar mereka yang disekeliling saya sentiasa dipermudahkan dalam segala hal. Buat bakal isteri kepada Mr. DZ ni, saya doakan yang terbaik buatnya. Selamat Pengantin Baru. Dulu sering tertanya2 siapakah yang akan menjadi suaminya, kini sudah pasti. Hani juga sudah hampir ke arah itu. Semoga kami sentiasa TABAH menjadi isteri. Hahahahhaaha. Love yaa!
Ini dia tema cik puan Shamsiah yang gojes..muacks

Thursday, November 10, 2011

~life is so shorttttttt, make it sweet~


Hollaaaa darlings!
Ada baik kaaa? Oh saya tidak begitu baik yahh. Kerja kerja kerjaa punya pasal. Kerja me sebenarnya best. Saya Suka Kerja Saya, boleh x mcmtu? Norma nya begini-Awal Tahun dan Akhir Tahun saje bz menggila. Kerja saya sekarang ni banyak betul berhadapan dengan karenah rekreasi birokrasi. Korang boleh buat ye. Kalau wa yang salah buat, wah segala bagai surcaj n pekeliling lu keluarkan. Vodoh la lu. Pedulik la lu kat Kementerian ape pun. Jawatan kite tetap sama meyh! Sbb ni dah menjejaskan level stress wa, dengan cikgu cikgi kat sini pon ikut stress. Haihh. Dah promise dengan Dr. Raj, say NO to Angry & Stress. Angybirds boley yee. Stress je main Angrybirds.
Semalam kan, teman hencik suami pegi ambil barang projek dia kat area umbai. Tiba tiba dia bsuara, kita pergi karokss nak? Pucuk dicita ulam mendatang. Eee x suka ulam. Tu sbb muka x secantik Fazura. Hehehe. Mestila nak kan. Salah 1 cara ktrg lepaskan boring & stress. Shoooottt terus ke banda hilir. Saje nak try kat MP. Tapi x se-best Dream Box la. Kiri Kanan memekak boleh dengar. Wa siap nyanyi lagu orang sebelah kot! Hahahaha. Memang all out kot! Hamik ko sampai tekak perit. Tapi mmg happy la. Sayang Awak. Nak karoksss lagiii. Pasni tunggu dua orang kekasih saya confirm jadik puan, nak ajak dorg pegi pulak. Itu jam mungkin lebih banyak yang boleh dilepaskan. Hahahaha.

Thursday, October 27, 2011

Entry buat Mr. Husby Hazman

Macamane boleh terkeluar entry ni. Entah. Tibe2 teringat saat2 bercinta bersama dia. Dan tibe2 terlintas bile dengar lagu Terang Dalam Gelapku by Ungu ni ha. Kami memang membesar dengan lagu2 Ungu kot. Hahaha. Start dari ktrg kenal, dia dedicate lagu Kekasih Gelapku. Sungguh Kekasih Gelap ktrg masa tu. Allah saja yang tahu perjalanan kami. Ade kaitan kan antara Kekasih Gelapku masa bercintan cintun dulu dengan Terang dalam Gelapku selepas bgelar suami isteri. 
Memang betul la kate orang kite kene buat senarai nama. Senang nak pilih. Ahaks. Comparison memang perlu. Supaya kite x menyesal. Jadi buatlah mcm saye. Bahagi dua column ye. Guy A & Guy B. Hahahahaha. Lepastu uols simpan la dah tua boleh tengok. N tunjuk pada INSAN TERPILIH tu. LIFE IS SO SHORT, MAKE IT SWEET yahhhh.
Kenapa mesti saya pilih dia? Ohhh saya x punya sebab. Sampai sekarang saya carik kenapa saya pilih Hazman Yusof. Tapi yang paling penting itu adalah kerja Allah SWT. DIA yang temukan kami. DIA yang tentukan segala perjalanan sepanjang kami kenal. Alhamdulillah. Baik buruk datangnya dari DIA. Bercinta nak rak dengan orang lain. Baik saya atau dia. Pertemuan kami juga DIA yang aturkan. Sekarang saya nampak. Ohh kenapa touchingggg nii! Saya x mengharap untuk dia baca entry ni. Sbb entry kali ni adalah mengikut gerak hati dan naluri. Bukan sebab lain. Semalam saya tanya encik husby masa tengok album kawin..

saya : i rasa macam i cantik la masa kawin..badan pon ok lagi. x macam sekarang (perasan at e same time merungut!)
dia : mmg la cantik. sekarang pon cantik.
saya : i dah gemukkk (mcm nak nangis). eh tapi kannn i makan same je mcm dulu. sekali ajekkk! kenape jadi mcm ni........
dia : sbb HAPPINESS (hugssss) ;p

Pendek aje jawapan dia. Yela kot. Nak sedapkan hati. Wawawawawaaaaaaa.

Nak tau x saye suka tengok muka encik husby dulu. Tapi dulu gambar dia atas meja orang lain. Selalu jeling2. Hensem lah awak ni. Tapi pujian itu hanya dalam hati. Macam saye puji Aaron Aziz. Tapi x tau pulak yang gambar tu pun suka tengok saya. Awwwwww. Muah. Cerita kita, hanya kita yang tau.