Friday, June 17, 2011

::Yang Terindah::

Hi All ;)
Salam Jumaat buat kalian. Cuaca kat sini mendung je. Encik Husby mula sms, 'pie, ujan mcmana nak basuh baju?'. Hihihi. Sejak para engineer kat kilang dia kene keje shift, mcmtu lah rutin dia. Balik rumah saya tengok dia dah sidai baju. Memang terkejut sebab x pernah expect pon yang si dia boleh tolong kerja2 rumah. Sekarang saya faham. Apa perasaan isteri bila balik kerja, nak fikir masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, and so on. Tapi bila si dia bantu serba sedikit, saya rasa semacam. macam nak pengsan pon ada sebab happy sangat. Alhamdulillah. Walaupon lepasni akan berubah sistem hormone segala bagai. sebab? oke, saya pergi kerja, dia balik kerja. Saya cuti weekend, dia cuti weekdays. Bila mau jumpa? Saya takdak jawapan. Saya x pernah ngadap lagi benda alah ni. Tapi saya harap saya kuat! yeah! Kalau x jumpa si dia sehari saya boleh mengaruk. Mengaruk tau x ape? Tanya mak saya. Saya pinjam ayat dia. hee. Saya 184% setuju kerja kerja rumah perlu dilakukan bersama. Sebab kita hidup pon sama2. Kalau nk ikutkan (kata penceramah kursus kawin dulu) masak pon kene suami tau. heeee. logiknya, suami bertanggungjawab beri nafkah zahir batin termasuk makan minum isteri. Makan? maksudnya dah masuk perut n kenyang baru betul. Tapi kita pon patut PK la kan, xkan la laki kau yang nak masak untuk kau kan. Hahahaha. Yang penting semua buat bersama. Kalau tidak watpe kawin kan. Kalau saya dah masak dia pulak cuci pinggan. Saya harap ini berterusan. Itu dia saya. Amiiiiin.


Friday, June 10, 2011

'craving sympathy'

Salam Jumaat buat si cantik cantik sekalian..

Hari ni hati sgt terpanggil untuk repeat lagu Sesungguhnya - Raihan. Bukan sebab hari ni Jumaat. Sebab hati. Soal hati (hahahah teringat cite soal hati - that time erra sgt skema). Tak ade sape dalam dunia ni yang x pernah buat salah. Aiyyo mana ade yang perfect! Yang sempurna itu hanya Allah SWT. Me nak kongsi sikit rasa ni. Dalam sama2 suami isteri nak saling kenal hati perut masing2, seringkali akan ada pselisihan. Yang dah melalui fasa ini, semestinya mengerti. Almaklum makan garam dulu kan. Perangai saya mcm ni perangai dia mcm tu. Saya eldest dia youngest dalam family. Saya manja dia lebih lagi manja. heeee. Saya senang bangun tido, Ya Ampunnnnn dia punyalah susah nak bangun. kejap2 5 minit. Kejut lagi, 5 minit yang. Saya kurang sabar. Dia banyak sabar. Kadang2 saya tanya diri sendiri, kenapa saya mcm ni? Kenapa saya cepat melenting bila kejut dia bangun, tp dia x bangun2? Cuba sabar sikit. Tapi saya sayang dia. Jadi saya mintak simpati DIA, untuk kurniakan saya sifat sabar. Supaya jauhkan saya dari perasaan hasad dengki, sombong dan bangga diri. Supaya tingkatkan lagi kasih sayang saya & dia. Namun tidak mengatasi kasih sayang saya dengan Allah SWT.


Pada Mu YA ALLAH. Hadiahkanlah kasihMu kepadaku. TUHAN, kurniakanlah rinduku kepadaMu. Moga ku tahu syukurkuHANYALAH milikMu.

comelkan baby ni mcm tgh merajuk pon ade. mcm tgh malu pon ade. mcm tgh tido pon ade. *xde ape2 kaitan ye*

Monday, May 30, 2011

budak baru nak idop?hihihi

As-salam. whatta wonderful monday morning. pertama kali menyiapkan breakfast untuk si dia. terasa sangat lain dalam hati. tapi x tau la rasa yang mcmana. since kahwin, breakfast memang mak yang siapkan kecuali air milo dia. heeheee. saya cuma buatkan milo panas dia. segala nasi goreng la telur setengah masak la etc semuanya mak yang buat. tapi pagi ni, saya buat semua. sebabnya? kami sudah tinggal berdua. itu sebab saya kate, budak baru nak idop. hee~ sabtu ahad yang sangat letih. pindah barang, cuci rumah segala bagai. pada mulanya rasa mcm terlalu awal nak menyewa rumah. ntah cukup ntah tidak nak makan. tapi, saya pk ini lebih baik buat kami. untuk belajar selesaikan segala masalah bersama. bukan x pandai berdikari. dulu pon form 1 abah dah hantar masuk hostel. sambung pulak blaja, jauh jugak dr family. tp ini permulaan fasa yang lain. keadaan x kan sama mcm dulu. fasa hidup berumahtangga. biarlah susah susah dulu. masak pon bersila wehhh! hari ni smpai la cabinet masak saya. yey. syukur mak banyak bagi tunjuk ajar. tidur pulak atas comforter. malas nak carik lori angkot katil bagai. seumur idup x penah rasa mcmni. nak2 lagi masak bersila. kalah orang masak kerja kawin pun siap ada bangku. x pe la. asalkan kami bahagia di dalamnya. x tau la si dia rasa mcmane. almaklum anak bongsu. tapi rasanya ok kot. heee. tgk tido pon lena je. hehe. saya semakin rasa indahnya hidup berumahtangga. baru2 kawin x rasa lagi. feeling dia lambat sket lah! sbb x masak kot. kahkahkah. syukur sebab masa wedd hari tu, banyak pemberian kawan2 yang boleh guna masuk umah baru ni. terima kasih banyak2. dapo gas x payah beli. rice cooker beby dah bagi. mixer dah ade (hani, patut mintak food processor la kat u..hehehe). set pinggan makan ada. cawan semua pon ade. Alhamdulillah.

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah






Salam there..

tgk ni baru bukak dah bersinnnnn! nampak sangat dah bhabuk blog ni. heee. saya sudah sah bgelar isteri kepada Hazman Yusof. bz toksah cakap la kan masa dah nak dekat majlis tu. apepon segala pahit manis sebelum majlis berlangsung saya telan dan saya x mau ingat 1 pun. mungkin semuanya ada hikmah. biarpun pahit. saya sayang abah. saya sayang mak. saya sayang adik2 saya. saya sayang bff saya. saya sayang orang yang sayang saya. tanpa mereka, saya melayang ntah ke mana. ALHAMDULILLAH saya bersyukur semuanya dah selesai. baik majlis di melaka mahupun di johor bahru. sampai sekarang saya masih x percaya saya dah bertukar status. seriously. sampai sekarang. betul ke ni. banyak yang berubah. x pernah bangun pagi2 buta buat milo untuk orang lain. heee. selalu bangun pun 6.30am. kene la biasa kan. SYURGA saya kini ada pada suami. saya cuma doa saya akan jadi anak yg baik dan isteri yang taat. betul la kata orang hp dah x berapa penting bila dah kawin. heeee. kelakar.
saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua terutama pada keluarga dan kawan2 yang sudi hadir pd mjlis saya n byk bagi moral support. yang byk dengar ngomelan yg ntah pape (bff hani n beby). untuk kak ita, thanks dgr luahan aini malam sebelum nikah. sampai x sanggup dgr suara aini lagi ye. yang paling penting buat suami tercinta, susah senang dengan saya. saya ketawa awak dgr. saya nangis awak dgr. saya marah awak dgr. saya sekarang ni x sabar menunggu bff beby pulak naik pelamin. then hani akan follow. nak jadi yang bongsu katenye. cehhh.

maafkan apa yang terkurang sepanjang majlis berlansung. saya sedar. semuanya x mungkin sempurna. walaupun saya harapkan 'perfect wedding', rancanglah teliti mana pun. asalkan selamat semuanya. dijauhi dari hasad dengki dan malapetaka. Alhamdulillah.










Monday, April 18, 2011

beautiful april

winkwink ;) HAPPY BIRTHDAY TO YOU AINI. WISHING U GREAT SUCCESS AND HAPPINESS FOR THE YEAR AHEAD. Ini birthday wish from nur aini razali to nur aini razali. me myself & i. Sambut last birthday as 'cik'. Heee. Ok saya bakal bgelar puan kurang sebulan lagi. While my BFF Hani baru saje kurang seminggu menjadi tunangan orang. Tahniah sayang. Gambar akan di upload kendian ye. cable nya nggak ada. sooner or later me tetap akan upload. Sbb semuanya cantik2 termasuk la bubu pon cantik. Haahahahaha. Sekali habes je tigatiga da jadik tunangan orang. Takdir, jodoh dan pertemuan semua telah diaturkan. semuanya ada makna. Semua punya cerita disebaliknya. Memang indah hidup ini kalau dinikmati sebetulnya. Buat cik beby, awak jangan lupa end of April awak ade interview! Mane tau rezeki awak. Kenapa saya letak title Beautiful April?

  • Anniversary mak & abah

  • Bubu berjaya dapat kerja di Melaka @ AUO Sunpower (kate mama nye rezeki kawin.Alhamdulillah)

  • Hani dah jadik tunang kepada Amirul Azam

  • Beby dapat surat panggilan interview SPP

  • Ade orang nak belanja Dominos, kan beby kan?

  • Kurang sebulan lagi saya akan jadi isteri Hazman Yusof

  • Of course sbb saya 'birthday girl'!!

Wednesday, April 6, 2011

Questionaire ke?

hi all.. Happy monday. happy ke? have a nice day untuk korang. byk sgt Qs yg i nak tnya. yang bekejaran dalam minda i ni. xtaulah kalau ade yg nak tlg jawabkan. kerja penat kan? seronok ke ade teman? ke kalau sendirian berhad lg best? best sgt ke kawin tu? betul ke masalah hilang bile da kawin? boleh ke kalau x kawin smpai bile2? sape pulak nak jage kalau x kawin? tapi, betul ke kite akan dijaga sebaik mgkin bile da kawin nnt? mcmane bile dah keluar segala warna sebenar psgn? sedangkan skrg dah nmpk true color? eishhh ape ni! mcmane nak membetulkan keadaan? mgkin boleh lagi tu tp kalau nk membetulkan manusia mcmane? kalau mesin dah lama aku tanam. hee. pernah ke korg ketawa dalam menangis? mcmane tu? sakit kan? kenape kite diduga? kesimpulannye korg abaikan la soalan2 bodoh tu. Pagi tadi mak ckp abah on air kat johorfm. so pagi td dengarlah suara Tuan Razali kat radio. heheheh excited la dgr. lainnye suara abah bile on air. mak kate abah cover macho la tu. anyway abah thanks sebab pilih lagu sedetik lebih for me. walaupon abah x mention tp abah tau me suka lagu tu. u make me smile. sbb dah 15hours me x senyum.


Monday, March 21, 2011

sedetik lebih..ececehhhh

cayang awaaaak! hihihihi. sabtu ahad kali ni best sangat. walaupon dia datang dr jb lambat tapi semua yang patut setel untuk hari itu dah disetelkan. lega sikit kepala saya. adalah dalam 10 perkara yang nak dibuat. tahniah untuk diri sendiri. bagus. kad dah siap. on schedule. mak andam setel. dah finalized semua harga & pakej. saya suka. kalau tidak, malam tak boleh tido tau. hihihi. hantarans saya juga dah siap. awal kan? hahahahahaha. lepas ni boley tido lena sikit, kot? kepada bakal 'puan', sila lah buat preparation awal. nanti dah nak dekat kita yang susah tau. jangan risau mulut orang. kesusahan kita orang x tau. lagipon kita x mintak beras dorang. silap2 beras kita lebih mahal. kan? jangan lupa beli 1 buku nota uols. sangatsangat membantu. kerja akan lebih teratur. semua perbelanjaan+resitresit deposit simpan tau. dari situ boleh la kita nampak mana yang belum kita setelkan. minggu depan ke jb pulak. dah lama x travel dengan KKKL. hopefully semuanya selamat. Amin.