Friday, September 19, 2014

Tora Datang Lagi~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Bertahun okay! Bertahun x update blog sejak keluarnya si permata hati pengarang jantung ku Nufah Amani. Lagipun x tau bile boleh nak updatenya blog ni. Sangat Bz.
Nufah Amani sekarang dah masuk 2 Tahun 2 Bulan. Jadik lebih kurang la 2 Tahun tu x berblog kan. Meh nak belanja gambar gambar. Xda orang tgk pon x pe.
Ini bukan gambar latest. skirt anak dara tu pakai pon dah x muat wey :)

Wednesday, August 15, 2012

Bermulanya Kehidupan Baru Buat Si Kecil

Nufah Amani, sebaris nama buat si puteri sulung kami. Nufah itu Yang Sempurna Tinggi dan Kecantikannya. Amani, Cita-cita, Ketenanganku, Keinginanku, Kesejahteraanku. Sesuai dengan namanya. Saya dalam sakit sakit kaki tu memang x jangka sakit perut tu sakit nak bersalin. Tak boleh langsung nak duduk. Berdiri ke hulur ke hilir. Mak kata dah masa agaknya. Ok cuak! Saya dok la kira contraction bape kerap. Siang tadi sejam sekali. Sekarang dekat pukul 10.30 pm 16 Julai dah tak tahan la. Macam kene g hospital sekarang je. Sempat tunggu encik suami solat. Saya sempat mandi. Otw ke Hosp. Pantai Ayer Keroh, saya langsung x bcakap. Terlanggar lubang sikit kat jalan saya menjerit. Sakit ok! Mangsa sape lagi kalau bukan encik driver. Sekali lagi saya mintak ampun. Hee. Masuk LR dalam pukul 11.00+ pm. Midwife check bukaan dah 5-6 cm. Ya Allah. Saya ingatkan baru 1-2 cm. 
Setting itu setting ini. Hubby dah lena kat sebelah. Saya teruskan zikir. Saya x dapat lelap sampai pagi. Ingatkan bersalin Subuh ke. Contraction lama sangat. Saya betul betul tak tahan. My Fav Doctor sudah sampai. Pagi. Check lagi. Baby dah membuang sikit dalam perut. Nak cepatkan kene la masuk air. Yang ni part paling saya tak tahan. Puas berpaut n pulas besi katil. Huhu. Muka masa tu toksah cakap la. Malu tengok muka sendiri dalam vid yang hubby ambil. I push push pushhhhhh~
Bestnya saya tak menjerit macam jiran bilik sebelah. Suara pon ala ala manja saje. Heeee. Masa dah tiba. Tapi terpaksa guna vacuum. Baby princess keluar jam 12.23 pm. Lama x lama kannnn. Itu bahagian saya. Tapi tengokla yang keluar tu kan. Alhamdulillah berat 3.51 kg. 54 cm. Tinggi. Cantik. Putih. Berbaloi  la 12jam tu. :)
Pengalaman tu memang Unik. Dapat merasa bersalin secara normal. Dapat merasa naik wheelchair. Dapat merasa kene jait kat 'situ'. Yang penting dapat merasa betapa sakitnya mak dulu melahirkan kami adik beradik. Setiap yang melahirkan itu, pengalamannya berbeza beza. Tak semua sama. Ada orang contraction sekejap je. Ada orang lama dalam LR. Apapun, Kuasa Allah SWT tiada siapa yang dapat lawan. Macamana proses kelahiran tu semua memang menakjubkan. 
Lahirnya Nufah Amani memang bagi 1001 pengalaman pada saya. Kelahiran dia beri 1001 kegembiraan di wajah mak abah mama papa. Yang penting buat ibu & ayah Nufah Amani. Hehe. Alhamdulillah.

Sunday, August 5, 2012

Sebelum kelahiran si comel

As-Salam semua. Lama benar dah x update ini blog. Giler bersawang. So alang alang dah nak raya ni kan meh kita buang sawang and habuk habuk pasang langsir bagai.
Well, nak mula dari mana yek. Saya x habis habis cerita pasal kesakitan sepanjang mengandung kan. Tapi seriously, memang itu yang saya rasa. Dan di akhir akhir kehamilan pon saya mengadap bnda yang sama. Tiba tiba kaki kanan tak boleh angkat. Rasa macam dah lumpuh. Sumpah. Saya sendiri tak pernah rasa kesakitan tu. Pangkal peha sakit n kejang. Masuk emergency. Naik wheelchair. Ini semua saya tak pernah jangka. Hubby hantar ke Hosp Jasin. Itu yang terdekat. Ok kaki dah x boleh angkat, macamana nak naik katil spital yg tinggi tu? Semua nurse tengok saje? Saya ulang lagi skali depan dorg, kaki saya x boleh angkat. Mcmana saya nak buat? Jawapan untuk saya : Cuba dik, ikut la mcmana yang awak slese. Ok fine. Memang nak nangis sbb hubby x boleh masuk. Kalau boleh mesti dia yang angkatkan. Amik urine nak anta lab. Ok ada infection. Kencing kotor. Tapi xde kaitan dengan kaki ni kan. Doc kata kaki tu normal. Itu je? Tension. Masuk air lagi. Arghhhhh. Tensi. Tapi CTG heartbeat baby ok semua. Im happy. Alhamdulillah. Apepun saya Alhamdulillah walaupun sakit. Ada hikmahnya amik cuti 14 hari awal. Seminggu suffer sakit kaki. 

Monday, June 4, 2012

Ibu..

Entry ni bukan untuk mengadu atau ala ala mengharap org kate "kesiannye dia". Hehehe. Macam cerita Madu 3. Kesiannnnnnnn. Entry ni untuk exercise jari tangan yang makin lama makin teruk sakitnya. "Patutlah SYURGA itu ade pada ibu". Setiap hari saya sakit sekarang ni saya pasti akan cakap ayat tu. Cukuplah punya seorang suami yang memahami kesakitan ini. Saya selalu cakap pada dia, "tau x mcmane rasa bawak perut masa mengandung?" Hehehehe. Wahai anak ibu, jadilah anak yang sentiasa kenang pengorbanan ibu bapanya. Sekarang asyik pk je, akan hilang ke sakit ni selepas bersalin. Kalau lah ini akibat mengandung dan akan hilang, saya akan lega. Tapi kalau ia kekal? Macamane? Aktiviti terbatas. Semua kerja x boleh nak buat. Saya x boleh menulis. Saya jadik lembab menaip. Itu sebab saya kata td ini adalah exercise jari. Hmm. Saya x boleh genggam dua2 tangan. Saya x boleh suap makan sendiri. Mesti bersepah atau x masuk semua dalam mulut. Macam sedih sangat bile tengok keadaan diri sendiri. Dah jumpa 3 orang doctor yang berlainan. Tapi cakap perkara yang sama. Darah di tapak tangan x jalan lancar sebab urat di pgelangan tangan dah mngembang. Jadi ia halang darah untuk mengalir betul. Kebas dia sakit lain macam.Selalunya, bila saat2 dah masuk 8 bulan ni kaki bengkak. Tapi Alhamdulillah saya x bengkak kaki tapi saya bengkak di tangan. Bengkak sangat2. Especially bile bangun pagi. Betul kata orang, kalau x kene pembawakan anak masa awal2 mengandung, kita akan rasa masa dah nak masuk last trim. Tapi kan awal & last, dua2 saya rasa. Muntah teruk sampai 6 bulan. And masuk 7 bulan pulak kulit keluar jerawat2 dekat badan. Penuh sangat. Muka je x kene. Tangan pulak mcmni. Kesimpulannya saya kene sepanjang mengandung. Lusa kene inject kancing gigi for 2nd dose. Kalau doc tu prihatin, dia mungkin bagi MC sampai beranak. Mana la tau kan. Memang susah saya nk bekerja dengan keadaan mcmni. Pegang fail pun jatuh. Tulis cheque pon sampai 3x kene batalkan. Saya x pernah membayangkan yang pembawakan baby sampai mcmni skali. Harapan cuma 1, hilang lepas melahirkan. Setiap anak, pembawakan nya lain2. Tak sama. Mungkin ada yang lebih teruk dari ini.

Salam...

Thursday, May 10, 2012

Trimester Terakhir

Salam Jelitawan Jelitawan di luar sana. Macamane hari ni? Ada baik. Ohh man! Saya sungguh x larat sejak akhir akhir ni. Rasa nak cuti sampai la beranak boleh? Nak cerita pasal alahan mengandung yang x habis2. Memang azab tapi seronok. Tetap akan jadi kenangan manis dalam hidup ini. Muntah saya on and off. Sejak awal kandungan sampai la sekarang. Semalam nak tengok kuch kuch hota hai pon x dapat. Sebab layu sangat badan ni lepas muntah. Makan udang sweet sour pon x guna lah kata orang! Huhu. Baik x payah makan ek. Muntah kuning pepagi tu toksah cakap la. Itu dah jadik rutin. Macam serba x kene pulak kalau x muntah pait tu. Heeee. Muntah pagi lain, muntah makan lain. Macam macam la awak ni tau. Sekarang ni dah masuk je 3rd trimester, kulit makin teruk. Teruk sangat2. Especially bahagian badan. Keluar jerawat2 kecik mcm jerawat nasik tu. Tak suka tengok. Plus x tau nak sapu ubat ape. Tak tau tak tau tak tau! Haaa haaaa tak tau! Banyak sangat. Macam x percaya. Harap2 lepas bersalin hilang la sume tu. Insyaallah. Ke sebab x period ek? Ah memandai je buat hipotesis. Hee. Lepas inject kancing gigi haritu sepuluh2 jari ni kebas smpai sekarang. Nak genggam or pegang barang dah x kuat. Takut efek injection haritu. Tapi bile call MIL semalam katanya mungkin kurang calcium. Ohhh ye la kan. Susu pon minum ikut suke je. Sekarang lagi la baby makin besar & perlukan lebih banyak calcium. HL saje yang saya boleh hadap. Yang lain2 mintak mahap la. Itu masalahnye.  :)


*Ehekkk dah 10hb la! 13 may dah dekat. This week sambut 1st Anniversary la nampaknye. Hoyeee!

Wednesday, April 25, 2012

Dunia Si Kecil

As-Salam. 
Sihat semuanya? Saya macam ni la. Sudah cepat penat buat semua keje. Haaaa semputttttt! Especially basuh & sidai baju. Ya ampun nak oi, beratnye rase. Semalam check up. Ok semua. Cuma bile mengadu dengan nurse tu, dia kata sesuatu yang buat kita tak tenteram pulak. Kelahiran Pra-Matang. Tanda perut mengeras & sakit bahagian belakang. Bukan normal ke tu bile dah masuk 3rd trimester? Doakan baby keluar pada masa yang sepatutnya ye semua. Saya takut.
Sekarang ni, $$$ hanya fikirkan untuk penuhi dunia si kecil sahaja. Saya cuba lengkapkan semampu yang boleh. Berjalan juga walaupun kadang2 nafas ni makin pendek. Bangun juga walaupun badan ni sakit. Semoga jadi anak yang tahu erti pengorbanan ibunya. Bawak perut ke sana sini 9bulan lebih. Banyak lagi barang-barang keperluan baby belum beli. Nampaknya bulan ni kene setelkan tilam, pampers, towel, blanket & barut baby. Yang lain2 nak beli ape lagi tak tau dah. Blurr. Tetibe.

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum semua. Hows life? Westlife? Ehee. Tengah dengar Flying Without Wings. Lagu ni tiba2 bagi macam semangat pulak. Tengah sakit belakang la. Duduk lama sangat mungkin. Mana bumper x mantop. Hupppssss. Lagu ni me dedicate untuk siapa2 yang tgh baca. Lagu ni buat me jatuh sayang sangat2 dengan insan2 sekeliling me. Especially buat suami tersayang. Termasuk this lil' fella. This lil' Tiny. Yang buat tummy ibu semakin ke depan. Dengan jayanya. When u know how much that means u've found that special thing, u're flying without wings. Heee. Mata sudah mula jadik rambang bile tengok barang anak. Gown & romper especially. Comel sangat. Zaman kite dulu mane ade secomel itu. Hiksss. Rasa macam nak start beli sikit2 baju dia. All white. Senang. Habis cerita. Kalau nak beli sekali harung memang tak laaaaa. Budak pun cepat besar. Sat gi kejap je dah nak masuk prasekolah. Kemain mak ko berangan dik. Haiss sekarang ni kat ofis susah benar nak duduk. Dah ade penghadang baru. Tokleh rapat dengan meja lagi. Huwaaaaa.

Hikss..ade lagikkk. Jap ea..

Haaamek ko. Kemain nau bulat dia, Winkwink
Kan dah tak boleh masuk celah meja tu. Hahahahahaha. Hokey, saje nak letak lyric Flying Without Wings ni. Layanzzzzz. Minggu depan boleh jumpa BFF x agak2 nya. Heee. Havva great day!

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing?
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
'Cause who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me, it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say, "I love you"
In any given time or place

Gives me the wings that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
'Cause you're my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings